Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJabatan Penerangan jelaskan tempoh sah kad media yang baru

    Jabatan Penerangan jelaskan tempoh sah kad media yang baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di tengah kekeliruan dan bantahan berhubung tempoh sah kad media yang dikeluarkan kepada pengamal media, Jabatan Penerangan (Japen) tampil menjelaskan ketetapan terbaru yang berkuat kuasa hari ini.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Japen berkata pengamal media kerajaan dan tempatan (termasuk wartawan dalam talian), mendapat kad media yang sah selama dua tahun.

    Ketetapan sama buat rakyat Malaysia yang bekerja untuk media asing. Sebelum ini, kategori itu hanya diberi kad media dengan tempoh sah setahun.

    Berdasarkan ketetapan baru itu, kad media dengan tempoh sah setahun pula diberikan kepada pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media seperti kakitangan sambilan atau stringer yang perlu perbaharui kontrak setiap tahun.

    Begitu juga pengamal media antarabangsa yang bukan warganegara Malaysia, dan dalam lawatan jangka masa panjang, akan diberi kad media yang sah setahun.

    Pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan Japen pula akan diberi kad media dengan tempoh sah enam bulan saja.

    “Tempoh ini untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu (disinformation).

    “Selepas itu, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti kategori-kategori di atas,” kata kenyataan itu.

    Japen awal minggu ini berkata bahawa ia sedang mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan kad media, termasuk tempoh sah.

    Malaysiakini baru-baru ini melaporkan bahawa Japen mencetuskan kebimbangan dengan mengeluarkan kad media dengan tempoh sah lebih singkat kepada banyak wartawan media dalam talian.

    Walaupun sesetengah menerima kad sah selama enam bulan sahaja, yang lain, termasuk beberapa daripada Malaysiakini, diberikan tempoh sah selama setahun, jauh lebih pendek daripada tempoh dua tahun yang biasanya diberikan kepada media tempatan.

    ALSO READ:  Bomba tubuh pasukan khas periksa alat keselamatan setiap bangunan

    Penyokong kebebasan media menyifatkan tindakan kerajaan itu bertentangan dengan ikrar menegakkan kebebasan media.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts