Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Jabatan Tenaga Kerja perlu main peranan isu pekerja asing terkandas'

    ‘Jabatan Tenaga Kerja perlu main peranan isu pekerja asing terkandas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Peguam menyeru Jabatan Tenaga Kerja untuk mengambil tanggungjawab dan langkah proaktif dalam menangani isu tuntutan gaji oleh pekerja asing yang terkandas di negara ini.

    Pengerusi bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, M Ramachelvam mengatakan bahawa pegawai jabatan itu perlu menyediakan penterjemah kepada pekerja untuk memastikan mereka dapat menuntut hak mereka.

    “Jabatan Tenaga Kerja perlu meningkatkan perananannya dengan berkesan,” kata Ramachelvam.

    Beliau turut menyambut baik amaran Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kepada majikan agar gaji pekerja mereka dibayar tanpa mengira sama ada mereka bekerja atau tidak.

    Ramachelvam berkata jabatan itu tidak seharusnya hanya menangani isu penginapan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.

    “Setiap kali mereka mengendalikan kes-kes ini, pelanggaran di bawah Akta 446 ditangani tetapi masalah gaji tidak,” katanya kepada Malaysiakini.

    Laporan berita sepanjang tahun lepas mendedahkan kes pendatang yang terkandas tanpa pekerjaan di seluruh Malaysia walaupun dibawa masuk ke negara ini secara sah.

    Antaranya melibatkan ratusan pekerja yang dibawa masuk menggunakan dokumen palsu dan tidak mempunyai pekerjaan selama berbulan-bulan.

    Skandal penipuan kuota yang dilaporkan oleh Malaysiakini juga mendedahkan bahawa pekerja-pekerja ini tidak dibayar dan hampir tidak cukup makan yang mendorong pertubuhan kebajikan untuk campur tangan dan memberikan bantuan.

    Pekerja yang ditipu memberitahu Malaysiakini bahawa Jabatan Tenaga Kerja sedang giat mendapatkan pekerjaan untuk mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts