Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menjadiâbuta warnaâ dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ketika berlaku bencana.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata pengagihan wang ihsan juga harus dibuat secara telus dan adil, serta tidak memilih bulu.
âKerajaan telah mulakan pembayaran melalui pejabat-pejabat daerah dan saya harap pejabat daerah mesti buta warna dari segi pengagihan (bantuan banjir ini).
âJangan (memilih bulu dalam pengagihan bantuan)⌠saya dapat tahu pada tahun lepas hanya ‘warna’ tertentu sahaja dapat.
âIni wang persekutuan dan kita serahkan kepada agensi Negeri dan daerah bertujuan untuk diberikan kepada mangsa terlibat, bukan mengikut warna.
“Ini mesti dilakukan kalau mereka benar-benar jujur untuk membantu rakyat,â katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat penyelarasan situasi bencana terkini di Putrajaya, hari ini.
Pada 28 Dis lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kelulusan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Anwar berkata, peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir.
Sementara itu, mengulas perkembangan terkini banjir di seluruh negara, Ahmad Zahid berkata kerajaan sudah menangani bencana kali ini dengan baik dengan adanya prosedur operasi standard (SOP) menyelamat dilakukan sebaiknya dalam menghadapi bencana banjir.
âKita lihat tahun lepas luruan hujan itu adalah punca utama tahap air tinggi tapi tahun ini lebih tinggi, namun mangsa tidak sebanyak tahun lepas.
âIni sebab kita bekerjasama dengan MetMalaysia bagi pemindahan dilakukan lebih awal apabila kita mendapat notifikasi daripada MetMalaysia. Ini SOP baru yang kita gunakan,â katanya.
Tambah Ahmad Zahid lagi, pihaknya juga kita telah siap siaga dalam menghadapi bencana yang sama di Sabah dan Sarawak.