Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJadi PM? Saya bukan 'paloi', kata Abang Johari

    Jadi PM? Saya bukan ‘paloi’, kata Abang Johari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Premier Sarawak Abang Johari Openg menegaskan dia bukannya ‘paloi’ (bodoh) untuk terjerumus dalam kekalutan politik di Semenanjung.

    Malah pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menolak spekulasi yang mengaitkannya sebagai calon perdana Menteri yang dikatakan menjadi kunci utama ‘Langkah Dubai’ untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

    “Saya baca (laporan media) dan saya nampak nama saya, nak letak saya jadi perdana Menteri. Tetapi saya kata letak orang Sarawak sebagai perdana Menteri dengan 23 Ahli Parlimen, tidak masuk akal.

    “Saya bukan paloi (bodoh), saya tahu ukuran baju saya dan apa yang penting sekarang semua ahli politik mesti memberi kepentingan kepada rakyat dan negara,” katanya seperti dilaporkan Borneo Post.

    Bercakap pada sesi townhall sempena tahun ketujuh menjadi premier, Adun Gedong itu berkata, jika sekalipun pembangkang menyokongnya bagi kedudukan tertinggi itu, ia masih tidak dapat sokongan mencukupi untuk menerajui kerajaan.

    “Negara kita berdasarkan demokrasi, dan bila pilihan raya dibuat dan ada keputusan, kita sepatutnya terima keputusan.

    “Kami dalam GPS percaya bahawa politik mesti dijaga dengan teratur,” katanya yang juga bukan seorang ahli Parlimen.

    Pada 1 Jan lalu, Abang Johari berkata perubahan dalam kerajaan adalah membazirkan masa. dan menegaskan bahawa kestabilan politik kerajaan persekutuan harus diutamakan.

    “Kita bersaing dengan (negara) jiran untuk menarik pelaburan asing. Tetapi jika Malaysia berada dalam krisis politik, siapa yang mahu melabur dalam negara?” katanya.

    Terdahulu, dilaporkan pembangkang didakwa menawarkan jawatan perdana Menteri kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan komponen utama GPS, sebagai sebahagian daripada ‘Langkah Dubai’.

    Sarawak juga didakwa dijanjikan autonomi yang lebih besar, termasuk sehingga 20 peratus royalti hasil minyak untuk Negeri itu, jika GPS menarik balik sokongan terhadap Anwar.

    ALSO READ:  Najib gagal ketepi Sequerah dari adili perbicaraan kes 1MDB
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts