Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJakim diminta kemuka usul isu pengislaman sepihak ke j'kuasa khas

    Jakim diminta kemuka usul isu pengislaman sepihak ke j’kuasa khas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta mengusulkan agar jawatankuasa khas ditubuhkan kerajaan memperhalusi peruntukan undang-undang berkaitan pengislaman individu berusia bawah 18 tahun.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata arahan itu dibuat ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini mengenai status agama tiga kanak-kanak yang diislamkan secara sepihak.

    Menegaskan bahawa kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan mahkamah tinggi sebelum itu, Mohd Na’im berkata ia dibuat berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan para hakim yang berpandukan peruntukan perlembagaan.

    Katanya kerajaan percaya keputusan itu adalah untuk mencari penyelesaian terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya.

    Mohd Na’im juga seakan memberi isyarat kerajaan akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.

    “Sementara menunggu perkara ini di peringkat seterusnya, saya telah meminta Jakim supaya mengusulkan perkara ini kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh Tun Zaki Azmi untuk (memperhalusi) perkara-perkara berkaitan pendaftaran pengislaman agar dapat diharmonikan dengan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mahkamah Rayuan pada 10 Jan lalu membuat ketetapan untuk mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam.

    Kanak-kanak terbabit diislamkan oleh bapa mereka – yang juga bekas suami Loh – M Nagahswaran, namun mahkamah mendapati tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

    Dalam keputusan sebulat suara itu tiga hakim diketuai Hadhariah Syed Ismail berkata dalam isu penukaran agama secara unilateral, mahkamah terikat dengan keputusan kes Indira Gandhi yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa mesti diperoleh sebelum agama seseorang kanak-kanak ditukar.

    ALSO READ:  SOP nadir bumi pastikan perlombongan selamat, elak bazir sumber - Aminuddin

    Hadhariah turut membenarkan beberapa pelepasan bagi ibu tunggal itu, antara lain yang mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu.

    Mohd Na’im berkata dalam kes Indira Gandhi Mahkamah Persekutuan mentafsirkan isu penukaran agama individu berusia bawah 18 tahun yang dinyatakan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dengan kebenaran ibu dan bapa.

    Ketika ini, kata Mohd Na’im, ada lapan Negeri yang membenarkan pengislaman seseorang berusia bawah 18 tahun hanya dengan keizinan ibu atau bapa saja, iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu, dan Perlis.

    “Lima Negeri yang menghendaki keizinan ibu dan bapa ialah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Selangor, dan Pahang,” katanya.

    Tambah Mohd Na’im, bagi Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Johor, peruntukan mengenai keizinan ibu bersama bapa bagi kemasukan Islam kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun merupakan peruntukan asal dalam enakmen pentadbiran agama Islam atau enakmen majlis agama Islam Negeri-Negeri terbabit.

    Pahang pula, katanya, menggantikan perkataan “ibu atau bapa” kepada “ibu dan bapa” pada 2020 iaitu selepas keputusan kes Indira Gandhi.

    “Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia umumnya agar bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana tidak sihat sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara yang kita cinta ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts