Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJangan ambil tindakan melampau, Saifuddin beri amaran

    Jangan ambil tindakan melampau, Saifuddin beri amaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa orang ramai supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan serangan bom botol ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham awal pagi tadi.

    “Kita minta jangan ada pihak yang mengambil tindakan melampaui lunas undang-undang.

    “Saya percaya masyarakat akan meletak keyakinan pada polis dengan keupayaan yang ada.

    “Kami kekal menggesa rakyat untuk bertenang dan jaminan keselamatan negara adalah keutamaan polis,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya petang ini.

    Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh mengganggu siasatan polis.

    Saifuddin memaklumkan polis menyiasat kejadian mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

    “Dia (Ngeh) adalah mangsa, dan dari segi siasatan polis, kita kata tugas polis untuk kenal pasti motif, mengesan suspek, mencari punca… dan siasatan sudah pun bermula,” katanya lagi.

    Terdahulu, Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri mengesahkan bahawa kebakaran yang berlaku di rumah Ngeh disyaki sebagai perbuatan khianat dan menyatakan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

    Dilaporkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian 2.50 pagi itu, walaupun tiga kereta musnah termasuk sebuah Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus.

    Turut terbakar sebahagiannya ialah Honda CRV dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts