Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJangan anggap SPRM sasar orang tertentu, kata Anwar

    Jangan anggap SPRM sasar orang tertentu, kata Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata terpulang kepada SPRM jika akan ada lebih banyak tangkapan berkaitan rasuah melibatkan ‘jerung-jerung’ besar.

    Namun, katanya SPRM bukannya menyasarkan mana-mana bekas pemimpin tetapi hanya menjalankan amanah membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan.

    “Itu urusan SPRM, saya tidak mahu orang anggap ini perkara yang kecil, baru atau lama memang tak boleh.

    “Orang kalau dia tak salah, tak perlu rasa bimbang kerana siasatan dibuat dengan teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh.

    “Tetapi janganlah sesetengah orang anggap ini soal pihak tertentu dan sebagainya, kerana ini akan beri gambaran seolah-olah ada orang atau jerung-jerung besar terlepas.

    “Saya tidak mahu mula memerangi rasuah dengan menekan yang di bawah,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dekat Iskandar Puteri, hari ini.

    Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat nama-nama besar atau ‘jerung’ yang bakal disiasat atas kesalahan rasuah selepas ini.

    Sebelum ini SPRM menegaskan siasatan terhadap bekas Menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluargannya dijalankan sejak Feb lalu susulan maklumat daripada Kertas Pandora yang didedahkan.

    Semalam, SPRM dilaporkan mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts