Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJangan bimbang keluar undi, keselamatan terjamin - KP S'gor

    Jangan bimbang keluar undi, keselamatan terjamin – KP S'gor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) esok kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pengundi boleh keluar menunaikan tanggungjawab mereka tanpa sebarang kerisauan kerana anggota pasukan keselamatan itu berada di semua lokasi bagi mengawal keadaan.

    “Polis Selangor memberi jaminan keselamatan yang terpelihara dan terkawal kepada setiap pengundi untuk keluar mengundi tanpa sebarang kerisauan.

    “Pengundi serta pihak yang terlibat dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang bersesuaian dan patuhi arahan anggota yang bertugas di lapangan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Hussein turut mengingatkan calon yang bertanding serta penyokong supaya sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang proses pengundian esok.

    Beliau berkata semua pihak harus mengelak daripada menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) serta membuat sebarang provokasi yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

    Hussein juga berkata lima kertas siasatan dibuka membabitkan dua tangkapan sepanjang tempoh kempen yang bermula pada 27 April lepas hingga semalam.

    Beliau berkata lima daripadanya membabitkan Seksyen 4 dan Seksyen 4(A) Akta Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

    “Daripada lima kertas siasatan itu, dua individu iaitu lelaki warga tempatan telah dituduh di mahkamah,” katanya sambil menambah berdasarkan pemeriksaan polis, tiada ceramah dan kempen dilakukan tanpa permit.

    PRK DUN KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

    ALSO READ:  King, Queen attend dinner reception with Brunei Sultan in Bandar Seri Begawan

    Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts