Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJangan jadi pelawak ‘komediri’ ketika ceramah, kata Mujahid

    Jangan jadi pelawak ‘komediri’ ketika ceramah, kata Mujahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof mengingatkan pemimpin parti itu agar sentiasa menjaga adab dan bahasa apabila menyampaikan ceramah. Menurut Mujahid, pendekatan lebih berhemah boleh dilakukan dengan menegur secara baik dan bukan sebaliknya.

    “Dalam ucapan malam tadi, saya turut menasihatkan agar sentiasa menjaga percakapan dan tidak menjadi pelawak stand-up comedy (komediri) ketika berceramah di pentas politik. Jika ada pun rakan dalam kalangan kita yang melakukan kesilapan, tegurlah dengan elok. Kita ambil iktibar dari sejarah Nabi Muhammad SAW saat baginda menyampaikan dakwah. “Baginda dicaci, dimaki-hamun sampai ada yang tanya kenapa nabi tidak berdoa untuk melaknat kaum musyrik,” katanya menerusi satu muatnaik di laman Facebooknya hari ini.

    Walaupun tidak menamakan sesiapa, kenyataan Mujahid itu dipercayai merujuk ucapan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dilapor mengunakan kata-kata kesat ketika berceramah di Felda Kemasul baru-baru ini.

    Terdahulu, Mujahid yang juga merupakan Ahli Dewan Negara menyampaikan ucapan di Majlis Apresiasi Hari Malaysia DUN Meru. Beliau juga menolak dakwaan bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bakal tumbang sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas kerusi DUN Pelangai.

    “Saya menyebut DUN Meru ini merupakan antara bukti bahawa rakyat menyokong dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan perpaduan. Maka jangan kita sia-siakan kepercayaan rakyat ini. Saya juga mengingatkan mereka tentang pihak lawan yang tidak senang duduk dengan kerajaan yang ada hari ini sehinggakan, setiap kali pilihan raya kecil akan menyebut kerajaan perpaduan akan jatuh. Hakikatnya, mereka tidak akan mampu meruntuhkan kerajaan ini selagi kita berdiri teguh di belakang gelombang perpaduan,” tegasnya pula.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts