Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJangan kecam, politikkan program Jejak Harmoni - Aaron

    Jangan kecam, politikkan program Jejak Harmoni – Aaron

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.

    Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata program itu bagi menandakan kebersamaan dan kesatuan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat, budaya dan kepercayaan agama.

    Aaron berkata penganjuran program itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang dipengerusikan beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada 28 Okt tahun lepas.

    “Kita faham di sesetengah Negeri, ia mungkin sensitif kerana hal berkaitan agama ialah bidang kuasa di peringkat Negeri tetapi bukan semua (Negeri) tidak boleh.

    “Kita sudah mengadakannya di Labuan dan Perlis dan sambutannya rancak, jadi saya harap ia tidak dipolitikkan kerana ia program bersiri yang akan diadakan sehingga November melibatkan beberapa lagi Negeri dengan esok perasmiannya di Brickfields,” katanya kepada Bernama semalam.

    Beliau ditemui selepas hadir sebagai tetamu pada program Ruang Bicara: Inisiatif Harmoni MADANI terbitan Bernama TV.

    Aaron berkata Jejak Harmoni merupakan sebahagian aktiviti di bawah Inisiatif Harmoni MADANI yang dilaksanakan sama ada secara berjalan kaki (Harmoni Walk), menunggang basikal atau menaiki kenderaan (Harmoni Ride).

    Menurutnya ia bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat terhadap pelbagai anutan agama dan budaya yang perlu dihormati dan diterima terutama dengan wujudnya pelbagai isu 3R (agama, raja, kaum) akhir-akhir ini.

    “Kalau kita imbas kembali isu-isu itu, yang menjadi masalah teras ialah literasi dan kefahaman dari sudut agama, undang-undang dan sebagainya. Kita anggap kita tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.

    ALSO READ:  Kadar sara diri bekalan beras 62.6 peratus, sayur 44.7 peratus pada 2022

    “Jadi menerusi program ini, kita tekankan dan gunakan konsep faham, hormat dan terima sesuatu agama yang dianuti sebab kita dalam sistem kepelbagaian,” katanya.

    Katanya aktiviti lain di bawah inisiatif sama ialah sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Podcast: Bicara Harmoni, Dialog Harmoni, Dokumentari Harmoni, Seminar Tokoh Pelbagai Agama dan Wacana Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Penganut Pelbagai Agama.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts