Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Jangan pandang remeh rasuah, jabatan kecil boleh sebabkan rugi RM2b'

    ‘Jangan pandang remeh rasuah, jabatan kecil boleh sebabkan rugi RM2b’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata masalah rasuah tidak boleh dipandang remeh, dengan membangkitkan kerugian hampir RM2 bilion ekoran pegawai kastam yang terlibat dalam penyeludupan.

    “Orang yang meremehkan isu rasuah lupa yang dalam jabatan kecil kastam, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

    Anwar mengulas pendedahan SPRM Jumaat lalu berhubung sindiket penyeludupan melibatkan anggota Jabatan Kastam di bahagian kargo KLIA dengan jumlah ketirisan hampir RM2 bilion sejak tiga tahun lalu.

    Anwar berkata kerugian dihadapi negara adalah lebih tinggi jika turut memgambil kira ketirisan subsidi dalam minyak masak dan diesel.

    “Kalau kita kumpul semua (ketirisan), kita boleh selamatkan puluhan bilion ringgit,” katanya lagi.

    Pada masa sama, Anwar turut memaklumkan maklumat daripada badan penguatkuasaan, termasuk SPRM, menunjukkan pegawai tinggi dalam kerajaan masih terhindar daripada rasuah dan salah guna kuasa.

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts