Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJAS Kedah siasat punca sisa klinikal bertabur di lebuh raya

    JAS Kedah siasat punca sisa klinikal bertabur di lebuh raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan bagi mengesan punca sisa klinikal bertaburan di Kilometer (KM) 92.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sabtu lepas.

    Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pelupusan sisa klinikal hanya dibenarkan di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS dan hanya kenderaan pengangkut yang berdaftar dengan jabatan itu dibenarkan mengangkutnya.

    “Pada 9 Disember lepas (Sabtu), JAS Kedah menerima pemakluman daripada pihak PLUS berkaitan penemuan sisa klinikal bertaburan di KM 92.9 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Gurun ke Sungai Petani.

    “Siasatan mendapati terdapat satu tong sisa klinikal dengan kandungannya bertaburan di situ.

    “Punca kejadian masih dalam siasatan memandangkan kenderaan pengangkut yang berdaftar dengan JAS sahaja dibenarkan mengangkut buangan ini dan pelupusan hanya dibenarkan di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Beliau berkata antara kandungan yang dijumpai ialah picagari, jarum-jarum terpakai, kit ujian terpakai serta beberapa lagi buangan sisa klinikal.

    “Kerja pembersihan kemudiannya telah dibuat oleh PLUS dan sisa buangan itu dihantar ke stor Buangan Terjadual di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum diangkut untuk dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS,” katanya.

    Sharifah Zakiah berkata buangan sisa klinikal ini merupakan buangan sisa terjadual di bawah Kod SW 404 dan pengurusannya dikawal di bawah Peraturan Kualiti Alam (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    “Pengendali dan pengangkut perlu berhati-hati serta mengikut semua prosedur operasi standard ditetapkan kerana sisa klinikal yang tidak terawat mengandungi pelbagai patogen yang boleh tersebar dan membahayakan kesihatan.

    “Sekiranya ternampak sisa klinikal, orang awam dinasihatkan agar tidak menghampirinya dan melaporkan kepada JAS dengan segera,” katanya.

    ALSO READ:  Polis dapati tiada penipuan kes 200 pekerja asing tanpa pekerjaan

    Beliau berkata pihaknya juga akan mengeluarkan peringatan kepada semua fasiliti seperti klinik dan hospital untuk memastikan supaya sisa buangan hanya diberikan kepada kenderaan yang berlesen dengan JAS.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts