Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJasmine Loo bantu polis kenal pasti aset RM93.2 juta milik 1MDB

    Jasmine Loo bantu polis kenal pasti aset RM93.2 juta milik 1MDB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo telah membantu pihak polis mengenal pasti aset bernilai lebih RM93.2 juta yang dibeli menggunakan dana 1MDB, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Bercakap pada sidang media petang ini, Ayob berkata aset berkenaan termasuk beberapa hartanah di AS, London dan Singapura, selain sembilan lukisan termasuk dua lukisan oleh pelukis terkenal Pablo Picasso.

    Menurut Ayob, polis telah merampas sejumlah aset yang diisytiharkan oleh Loo yang disimpan di Malaysia.

    Manakala bagi aset yang berada di luar negara, kerja-kerja untuk menyita dan membuat rampasan sedang dijalankan dengan tujuan untuk mengembalikannya kepada kerajaan.

    “Nilai keseluruhan aset dan hartanah dirampas RM93.2 juta. Ini nilai semasa pembelian 2013. Mungkin sekarang nilainya lebih tinggi sekarang ini,” kata Ayob pada sidang media di Bukit Aman.

    Ayob berkata Loo sebelum ini telah menandatangani akuan berkanun pada 23 Ogos untuk mengembalikan harta dan aset tersebut kepada 1MDB.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts