Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Jawatan Pesuruhjaya Kehormat PDRM dedahkan Agong pada proses mahkamah’

    ‘Jawatan Pesuruhjaya Kehormat PDRM dedahkan Agong pada proses mahkamah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cadangan perananan Yang di-Pertuan Agong sebagai “Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM” boleh menyebabkan Seri Paduka dipertanggungjawabkan atas kesalahan pasukan itu pada masa hadapan, kata ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

    Jika kerajaan pada masa depan meratifikasi Statut Rom, Hassan secara hipotesis berkata, Seri Paduka akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan seperti genosid dan kekerasan polis.

    Baginda juga, katanya, terdedah kepada pendakwaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

    “Dalam undang-undang sebelum ini tidak ada jawatan honorary commissioner in chief, tapi sekarang nak dimasukkan.

    “Negara kita negara raja berperlembagaan, Agong ketua negara, simbol dan sebagainya, tak terlibat dengan eksekutif.

    “Tetapi kalau kedudukan dan jawatan walaupun (berstatus) kehormat tetapi dimasukkan dalam itu (pindaan Akta Polis).

    “Ada kebimbangan, bukan sekarang, tapi akan akan datang sekiranya ada perbuatan gonosid, kekejaman, kekerasan dilakukan oleh PDRM bukan polis sekarang, polis akan datang.

    “Maknanya the honorary commissioner in chief of police akan diheret ke mahkamah didakwa dan akan dibicarakan,” katanya di Dewan Rakyat semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Pindaan Akta Polis 2024 hari ini.

    Mengakui rang undang-undang itu telah ditapis, Hassan berkata perkara itu mesti ditangani di Parlimen.

    Dia juga menggesa kerajaan untuk mengambil kira kebimbangan sedemikian.

    “Mungkin akan berlaku seperti apa yang dialami oleh Presiden Sudan, Umar al-Bashir suatu ketika dulu, Presiden Chile, (Augusto) Pinochet, bukan di ICJ tapi di ICC, negara yang ratifikasi Statut Rom,” tambahnya.

    Kelmarin, bacaan kali pertama pindaan Akta Polis 1967 dibentang di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah manakala bacaan kali kedua dan ketiga dijadual dibuat pada mesyuarat kali ini.

    Pindaan itu melibatkan perubahan 10 fasal antaranya membolehkan Yang di-Pertuan Agong menjadi Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    ALSO READ:  Rugby-Wallabies outfight Georgia to win three straight

    Menurut naskhah biru yang diedarkan di parlimen pada Isnin, hal itu melibatkan pindaan terhadap fasal 2 akta berkenaan dengan seksyen baru 6A dimasukkan bagi tujuan terbabit.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts