Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJelajah Madani S'gor dari 23 ke 25 Feb

    Jelajah Madani S’gor dari 23 ke 25 Feb

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siri Jelajah Madani peringkat Negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Feb di Stadium Kuala Selangor.

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri.

    ā€œSebahagian yang dipamerkan adalah (inisiatif kerajaan Pusat) dan program Negeri yang (rakyat) boleh dapat manfaat sebab mungkin ada lagi rakyat tidak berapa tahu dan faham tentang rancangan Kerajaan Selangor.

    ā€œInsya-Allah dijangka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan turun pada hari terakhir untuk acara penutup,ā€ katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di Shah Alam, hari ini.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata Selangor akan menjadi Negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah Madani peringkat Negeri.

    Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 3 Jan lalu, bersetuju untuk melakukan Jelajah Madani bagi peringkat Negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

    Pada 10 Dis 2023, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah Madani akan diadakan di peringkat Negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi Negeri berkenaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts