Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJemaah haji digalak minum air, elak terdedah cuaca panas

    Jemaah haji digalak minum air, elak terdedah cuaca panas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan kepada jemaah haji tetapi juga petugas yang berada di Tanah Suci ketika ini.

    Berikutan itu Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.

    “Cuaca yang panas 35 hingga 45 darjah Celsius merupakan cabaran kepada jemaah jadi jangan terlalu terdedah.

    “Minum air secukupnya supaya dapat jaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini semalam.

    Selain itu beliau yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH juga menasihati jemaah haji untuk sentiasa menjaga keselamatan berikutan penempatan hotel di Makkah berlainan daripada Madinah yang lebih hampir dengan Masjid Nabawi.

    “Penempatan di Makkah adalah di keliling Masjidil Haram iaitu dengan jarak 400 hingga 900 meter dan ketika ini belum banyak lagi jemaah tiba di Mekah yang menyebabkan ada ketika suasana lewat malam dan awal subuh agak sunyi.

    “Jadi saya mengharapkan jemaah agar menjaga keselamatan mereka serta jalan secara berkumpulan dan tidak sendirian kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini terhadap keselamatan mahupun barangan mereka,” katanya.

    Sementara itu bagi seorang petugas TH di bahagian Pos Laju, Zulhairi Ismail, 41, mengakui keadaan cuaca panas memerlukannya mengambil beberapa langkah berhati-hati untuk mengelak daripada kesihatan terjejas bagi memastikannya dapat terus menyantuni jemaah haji.

    “Sejak dari tanah air lagi hasil pembacaan dilakukan berhubung keadaan cuaca di sini. Saya telah bersedia dengan beberapa kelengkapan seperti krim pelembab untuk badan dan bibir.

    ALSO READ:  KOMENTAR | Anwar dan politik Machiavelli

    “Memang diakui walaupun matahari tak nampak, tetapi keadaan agak bahang menyebabkan kulit dan bibir cepat menjadi kering. Alhamdulillah dengan persediaan dilakukan termasuk memakai pelitup muka serta memakan vitamin, saya dapat mengurangkan masalah berkenaan,” katanya kepada Bernama.

    Seorang daripada jemaah, Siti Mariam Mohamad, 70, dari Perlis berpendapat keadaan cuaca di Madinah lebih panas berbanding di Makkah.

    Beliau yang baharu sahaja tiba di Makkah pada Selasa lepas dan kini menginap di Hotel Abraj Al Janadiriyah memaklumkan mengamalkan minum dengan kerap termasuk air Zam-Zam untuk mengelakkan cepat letih serta memastikannya terus dapat beribadah.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts