Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJenama kami bukan sempena dewa Yunani, kata ZUS Coffee

    Jenama kami bukan sempena dewa Yunani, kata ZUS Coffee

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rangkaian kedai kopi tempatan yang popular, ZUS Coffee, tampil menjelaskan asal-usul jenama itu semasa sambutan ulang tahun keempatnya semalam ketika ada sesetengah pihak mahu ia diboikot.

    Gesaan itu dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa syarikat tersebut menggunakan logo yang kononnya memaparkan dewa Yunani, Zeus, justeru ia wajar dijauhi.

    Seruan itu dibuat selepas ramai yang memilih untuk beralih kepada ZUS Coffee berbanding Starbucks selepas rangkaian restoran antarabangsa itu mengambil tindakan ke atas kesatuan sekerjanya di AS kerana menyatakan sokongan terhadap Palestin.

    Menjawab soalan media semasa acara berkenaan berlangsung di Sunway Pyramid Mall di Petaling Jaya, Selangor, Naib Presiden ZUS Coffee, Stephy Foong berkata syarikat itu “sangat sedih” dengan gesaan boikot yang digerakkan, terutamanya apabila semua cawangannya disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    “Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

    Tambah Stephy, mereka berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada Jakim bukan kerana melibatkan faktor agama semata-mata bahkan atas sebab keselamatan menu yang dihidangkan.

    Stephy Foong

    Dia menambah nama jenama itu tidak merujuk kepada dewa Yunani sebaliknya dikonsepkan sebagai gabungan perkataan “semangat” (zeal) dan “kita” (us).

    Hari ini, kata Stephy, perkataan itu merupakan akronim yang bermaksud nilai jenama – zealous, unity dan stop at nothing.

    Dia menjelaskan acara sambutan ulang tahun itu sengaja dianjurkan enam bulan lebih awal dan bukanlah langkah mereka untuk memberi respon kepada gesaan boikot yang digerakkan pihak tertentu.

    Syarikat itu juga, kata Stephy, memutuskan untuk meneruskan program berkenaan sebagai menghormati perjanjian yang dibuat dengan rakan kongsi mereka.

    “Kami merasakan ia tidak adil untuk rakan kongsi, dan ia juga tidak adil untuk pasukan kami.

    ALSO READ:  Rombakan kabinet: Kenapa Januari, bukan Disember? - PM

    “Kami tidak mahu usaha mereka sia-sia, tambahan pula kami mempunyai komuniti sendiri untuk berkhidmat, dan saya percaya komuniti yang menyokong kami akan memahami apa yang kami lakukan,” katanya lagi.

    Pendapatan turun mendadak

    ZUS Coffee – yang kini beroperasi di 197 lokasi di seluruh Malaysia – diasaskan di Kuala Lumpur pada 2019 oleh sekumpulan lapan usahawan Malaysia.

    Pada Mac lalu mogul restoran dan jutawan Filipina Frank Lao membeli 35 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit.

    Gesaan boikot berkembang terhadap jenama yang dianggap menyokong Israel menular dalam kalangan pengguna Malaysia ketika keganasan terus meningkatkan di Palestin sejak 7 Okt lalu.

    Antara jenama yang disasarkan ialah rangakaian restoran makanan segera McDonald’s dan aplikasi Grab.

    Kedua-dua syarikat terbabit menderma RM1 juta setiap satu kepada tabung untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan di Palestin sebagai tindak balas terhadap gesaan boikot secara besar-besaran.

    Walaupun McDonald’s Malaysia adalah milik orang Islam, McDonald’s menjadi sasaran selepas francais Israel memberikan makanan percuma kepada askar rejim berkenaan.

    Sementara itu, Grab menjadi sasaran selepas isteri pengasasnya, Chloe Tong, memuat naik hantaran di Instagram bagi menyatakan rasa sedih terhadap apa yang berlaku di Israel.

    Chloe juga menyatakan Israel adalah negara yang dicintainya selepas menghabiskan masa bercuti di sana.

    Walaupun kesan sebenar pemboikotan yang berterusan terhadap Israel atau syarikat tertentu sukar untuk dianggarkan, beberapa pekerja syarikat terbabit memberitahu Malaysiakini, pendapatan mereka berkurangan secara mendadak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts