Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesJenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan

    Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan

    -

    Shopee CNY Sale

    Jenazah kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor malam ini.

    Atmosfera sedih menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapat kanak-kanak itu.

    Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton Abd Aziz, 54, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila melihat jenazah kanak-kanak berusia enam tahun itu dikebumikan.

    “Biasanya ketika ibunya mengambil Zayn Rayyan dari sekolah, mereka akan singgah bermain buaian selama 10 minit berdekatan rumahnya.

    “Pada hari kejadian, dia macam nak main lebih lama tapi pada masa yang sama, maknya mengejar masa sebab nak kembali ke pejabat,” katanya kepada Bernama.

    Selepas Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di dalam anak sungai berhampiran kawasan rumahnya pada kira-kira 10 malam tadi.

    Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

    Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak itu dan keterangan ibu bapa mangsa akan diambil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

    Dia berkata hasil bezah siasat menunjukkan terdapat kecederaan di leher serta badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts