Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJerayawara PN: Amira Aisya, Syed Saddiq bertemu hari ini

    Jerayawara PN: Amira Aisya, Syed Saddiq bertemu hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muda akan mengadakan pertemuan dalam kalangan pimpinan parti itu hari ini untuk memutuskan sama ada akan menyertai perhimpunan anjuran PN atau sebaliknya.

    Mengikut Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli akar umbi berikutan penyertaan bekas presiden mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan PN.

    Sebahagian dari mereka juga, kata Amira Aisya, menunjukkan rasa tidak senang.

    Pada masa yang sama Adun Puteri Wangsa itu juga mengakui mereka tidak mengetahui lebih awal mengenai rancangan PN untuk membawa Syed Saddiq menyertai perhimpunan tersebut.

    “Saya dan Syed Saddiq sama-sama terkejut apabila Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu,” katanya kepada media selepas menghadiri forum tentang rasuah di Kuala Lumpur semalam.

    Minggu lalu, Muhyiddin mengumumkan rancangan PN untuk mengembara ke seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai isu-isu semasa dengan kehadiran Syed Saddiq.

    Untuk rekod, Muhyiddin merupakan Pengerusi PN dan Presiden Bersatu. Sebelum insiden Langkah Sheraton dan kemudian penubuhan Muda, Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu.

    Syed Saddiq sendiri telah menyatakan kesediaannya untuk menyertai perhimpunan PN tersebut atas dasar ia melibatkan “isu-isu rakyat”.

    Ahli Parlimen Muar itu juga menegaskan langkah tersebut tidak bermakna dia menyokong blok pembangkang terbabit.

    Pada masa yang sama selepas Muhyiddin membuat pengumuman ‘mengejut’ itu, Muda menegaskan bahawa mereka tidak diajak berbincang sebelum keputusan tersebut diambil.

    Amira juga mengulangi penegasan bahawa pada masa ini, Muda hanya terlibat dalam kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts