Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan

    Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Orang ramai terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan salur pernafasan ekoran keadaan berjerebu ketika ini.

    Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

    “Tiga penyakit berkaitan jerebu yang dipantau Jabatan Kesihatan Melaka ialah asma, jangkitan konjunktivitis dan saluran pernafasan di beberapa klinik kesihatan sentinel seluruh Negeri dan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

    “Bagaimanapun daripada pemantauan berkenaan, tiada trend kenaikan ketara direkodkan bagi kesemua penyakit berkenaan sejak awal Mac hingga 30 Sept lepas,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan meneruskan pemantauan serta bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan Pelan Tindakan Pengurusan Kesihatan Akibat Jerebu bagi menangani situasi semasa sekiranya keadaan semakin buruk.

    Katanya sebagai langkah pencegahan penyakit berkenaan, orang ramai dinasihatkan duduk di rumah atau dalam bangunan dan mengelak berada lama di luar serta memakai pelitup muka.

    Ngwe berkata mereka juga dinasihatkan mengikuti nasihat dan saranan kesihatan diberikan Jabatan Kesihatan serta mendapatkan maklumat berkaitan langkah pencegahan kesihatan akibat jerebu di laman sesawang https//:www.infosihat.gov.my dan www.moh.gov.my.

    Indeks pencemaran udara (IPU) Negeri Melaka merekodkan tahap tidak sihat di tiga kawasan di Negeri itu iaitu Alor Gajah (122), Bukit Rambai (155) dan Bandaraya Melaka (134) pada 2 pagi semalam, manakala bacaan IPU berkenaan turun kepada tahap sederhana iaitu Alor Gajah (92), Bukit Rambai (92) dan Bandaraya Melaka (85) pada 12 tengah hari tadi.

    ALSO READ:  29% keluar mengundi di Pulai, 39% di Simpang Jeram setakat 1 tengah hari

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts