Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Jika PAS faham erti tanggungjawab sudah tentu hutang Harakah dibayar’

    ‘Jika PAS faham erti tanggungjawab sudah tentu hutang Harakah dibayar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS Gagal Membayar Hutang Pencetak Harakah

    PAS ternyata gagal menguruskan kewangan dengan baik kerana gagal membayar hutang pencetak walaupun sudah berlarutan selama tujuh tahun, kata Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Faiz Fadzil. Menurutnya, rintihan pencetak itu yang menuntut hutang sehingga terpaksa membawa kes ke mahkamah juga menunjukkan PAS tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat.

    Faiz Fadzil
    “Sudah pasti kos pencetak telah dikira dalam kos penerbitan Harakah, peliknya hasil jualan tidak pula digunakan untuk membayar tuntutan pencetak. Ini sikap tidak bertanggungjawab terhadap rakyat kerana syarikat tersebut sudah pasti mempunyai ramai pekerja yang makan gaji dengan mereka. Jika PAS faham erti tanggungjawab dan prihatin, sudah pasti mereka membayar tuntutan pencetak,” katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini, hari ini.

    Bekas ahli dewan undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir itu berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung rungutan sebuah syarikat yang sebelum ini mencetak akhbar lidah rasmi PAS itu.

    Semalam Malaysiakini melaporkan, Pengurus NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, menyatakan rasa geram melihat PAS dan sikap kepimpinannya yang didakwa ‘bermewah-mewah’ namun gagal mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang Harakah.

    Hussin Jan
    Ia membabitkan hutang Harakah dengan dua syarikat iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd (Angkatan Edaran) dan NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd. Angkatan Edaran sudah muflis dan pihak pengurusan sama menubuhkan NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd sebagai pengganti dan terus mencetak Harakah pada ketika itu.

    Bagaimanapun, hutang Harakah dengan Angkatan Edaran yang telah muflis lebih banyak hingga mencecah nilai jutaan ringgit berbanding hutang dengan NAJ Press Resources hanya lebih RM600,000. Hussin berkata PAS dan Harakah enggan membayar hutangnya dengan Angkatan Edaran atas alasan syarikat itu telah pun gulung tikar.

    ALSO READ:  Bersatu dismisses royal apology statements as fake

    Sementara itu Faiz menyifatkan kegagalan PAS menguruskan kewangan Negeri yang diperintah mereka seperti Terengganu dan Kelantan kerana bergantung kepada dana kerajaan pusat, begitu jugalah sikap PAS yang gagal menguruskan kewangan yang baik di peringkat parti.

    “PAS ternyata gagal menguruskan kewangan dengan baik kerana gagal membayar hutang pencetak walaupun Harakah mendapat hasil daripada jualan akhbar tersebut. Malangnya, isu ini walaupun sudah tujuh tahun berlalu dan langsung tidak berbangkit dalam muktamar baru-baru ini seolah-olah mereka langsung tidak peduli nasib rakyat yang susah hari ini.

    “Jika begini sikap parti politik yang konon berjuang atas nama Islam, bagaimana nasib rakyat jika mereka memerintah negara ini?” tegasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts