Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Jika tiada halangan, Roger Ng tiba di Malaysia tengah malam ini'

    ‘Jika tiada halangan, Roger Ng tiba di Malaysia tengah malam ini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa dijangka tiba di Malaysia tengah malam ini bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata fokus kerajaan adalah untuk mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes itu.

    “Jadi itu (Ng) kita serahkan kepada pihak berkuasa, agensi penguat kuasa untuk menjalankan siasatan. Ia dalam pengetahuan saya kerana kebanyakan agensi atau institusi terbabit selain daripada Peguam Negara adalah agensi di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri).

    “Kalau tiada halangan apa-apa, dia akan sampai negara kita hari ini, tengah malam nanti. Kalau tiada halangan apa-apa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) bersama masyarakat Orang Asli di Pos Kuala Mu di Sungai Siput, Perak hari ini.

    Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai Ng dan bila dia akan tiba ke Malaysia.

    Semalam, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di negara ini.

    – Gambar atas hiasan

    Saifuddin berkata Ng hanya berada di Amerika Syarikat untuk sementara sahaja sebelum ini bagi berdepan perbicaraan di negara itu.

    “Dia telah disabitkan (hukuman) 10 tahun penjara, tetapi belum lagi menjalani pemenjaraan. Kita belum selesai lagi (siasatan), untuk itu kita maklumkan Amerika Syarikat, dalam kes ini Jabatan Keadilan (DOJ), kita maklumkan melalui Pejabat Peguam Negara, mengikut perjanjian apabila selesai perbicaraan di sana, kita boleh dapatkan dia balik.

    “Jadi, kita pun ikut perjanjian itu, maka pihak DOJ bersetuju untuk dia dihantar balik bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB ataupun mengenai Goldman Sachs,” katanya.

    ALSO READ:  Parties should contest under one GRS logo in Sabah polls, says Jeffrey Kitingan

    Ditanya berkenaan lokasi ketibaan Ng, Saifuddin Nasution hanya menjawab: “(Akan tiba) ke satu destinasi yang selamatlah”.

    Sementara itu dalam kes berlainan berkenaan perkembangan siasatan terhadap menantu bekas perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Saifuddin berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Isnin bagi membantu melengkapkan notis merah Interpol.

    “Misalnya siasatan di bawah apa, kita kena nyatakan dalam notis untuk kita mohon notis merah itu, pertuduhan di bawah apa dan sebagainya itu kita kena lengkapkan dulu,” katanya.

    Ogos lepas, Azam memberitahu media bahawa menantu Muhyiddin, DMuhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

    Bagaimanapun, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

    Berkenaan program hari ini, Saifuddin berkata KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyasarkan sebanyak 1,500 program Mekar diadakan sehingga hujung tahun ini.

    Dia berkata setakat Januari hingga 30 Sept tahun ini, sebanyak 1,411 program Mekar telah dijalankan di seluruh negara dan menerima kira-kira 40,000 permohonan berkaitan di bawah bidang kuasa JPN termasuk khidmat nasihat jabatan itu.

    Program hari ini dihadiri kira-kira 900 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari lima kampung di sekitar Pos Kuala Mu iaitu Kampung Kuala Mu, Kampung Toh, Kampung Bersah, Kampung Gapeh Hulu dan Kampung Gapeh Hilir.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts