Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJiwa yang baik dikenang orang

    Jiwa yang baik dikenang orang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    “Aik! Tak pakai baju jeans ke? Tu dah jadi identiti abang,” kata seorang sahabat yang selalu menegur kami di masjid. Hari itu kami pakai baju kemeja bunga-bunga, yakni sejenis pakaian yang sedang melalui musimnya bersama kami sekarang.

    Bukan hari-hari kami berpakai jeans dari kaki ke kepala, tetapi itulah yang diingat orang.

    Kalau Salleh Hamzah – sahabat kiri kami pula – akan mengingati kami sebagai seorang yang sentiasa berpakaian hitam. Konon-konon indie namun hakikat sebenarnya ialah pakaian hitam lebih sesuai untuk mereka yang berperut besar.

    Ia menyembunyikan kebuncitan dan ini sangat kami suka.

    Kami ingin menulis mengenai Pak Hassan, petition writer paling terkenal di Kuantan. Sayangnya kami tidak mempunyai foto dia untuk dikongsi kecuali satu gambar yang dikirim Ading semasa dia sedang sakit.

    Maksud kami, gambar Pak Hassan sedang sakit, bukannya gambar Ading sepupu kami itu. Ading jarang sakit… macam Firaun. Sihat saja dia ke mana-mana.

    Yang hairan sedikit ialah tenaga Ading itu tidak setara dengan usianya. Sudah dekat 60 tahun rasanya tapi penampilannya masih seperti budak 17 tahun.

    Nak kata dia pakai ilmu macam ayah kawan hang yang ceramah itu, tidak juga rasanya sebab keluarga kami semua orang yang biasa-biasa sahaja. Yakni kuat semasa muda dan semakin lemah bila meniti hari tua.

    Sentiasa kelihatan cool

    Lalu kami fikir Ading itu sentiasa bertenaga kerana masih banyak cita-citanya belum dicapai. Alahhh, macam bekas perdana menteri awak yang apa-nama itulah.

    Dan macam bekas perdana menteri awak itu, Ading orang kaya. Seumur hidup tidak pernah bekerja kecuali satu atau dua tahun. Lalu kami pun hairan apa lagi yang dimahukannya.

    ALSO READ:  Kada rancang percepat ops pembenihan awan minggu depan

    Sepatutnya Ading berehatlah. Cukup-cukuplah buat macam-macam skim.

    Pak Hassan ialah penulis petisyen yang paling dikenali di Kuantan. Memang sejak di sekolah rendah kami nampak beliau tekun menaip surat di kaki lima kedai gunting rambut perempuan yang sering dilawati oleh Mok setiap kali Mok mahu melaram.

    Sambil menunggu Mok dihias, kami yang sedang mabuk bau bahan kimia entah apa yang digunakan di kedai gunting itu akan melihat Pak Hassan menaip surat dengan rajin.

    Beratur orang menunggu giliran. Ada yang meminta dibuatkan surat permohonan biasiswa sekolah, mengisi borang tender, surat kepada anak-anak dan macam-macam jenis surat yang kamu boleh bayangkan.

    Yang menarik tentang Pak Hassan ialah dia sentiasa cool. Sentiasa berkarisma. Tidak sombong dan tak perlu buat lawak apa-apa hanya untuk menarik orang untuk menggunakan perkhidmatan penulisannya.

    Kenangan tak terabaikan

    Pak Hassan tahu kerjanya adalah bukti kredibilitinya. Tak perlu susah-susah buat lawak hanya untuk menarik perhatian. Tak macam kawan hang: sikit-sikit buat lawak, kemudian cerita sedih sebab dulu pernah miskin.

    Tak perlu cerita fasal susah zaman dulu. Seluruh Malaya tahu orang sebelah sana dulu ramai yang susah pada masa itu. Satu Malaya ingat peristiwa budak-budak universiti berarak bagi menceritakan hal itu.

    Sudah-sudahlah berpolitik bersandarkan simpati. Awak sudah berjaya, jadi orang nombor satu negeri. Buatlah sesuatu agar tidak ada lagi orang yang mengalami nasib yang sama seperti awak itu.

    Di sebelah tempat Pak Hassan menaip surat ada sebuah kedai makan. Dan yang paling menarik tentang kedai itu ialah mereka menjual sate pada awal pagi dan berhenti pada tengah hari.

    Kami yang sedang menunggu Mok tahu bahawa setelah Mok siap dihias, kami akan dijamu dengan sate tersebut. Bau arang dan daging yang terbakar membuatkan kami teruja.

    ALSO READ:  Had umur belia 30 tahun berkuat kuasa tahun depan

    Ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

    Setelah lama tidak ada, kini sate pagi kembali semula ke bandar Kuantan ihsan dari kedai Ah Lee dan Rakan-Rakan di Jalan Wong Ah Jang. Selain sate, kedai Ah Lee juga terkenal dengan mi rebus bodoh.

    Mi rebus tersebut sangat laris terjual walaupun rasanya yang sederhana. Orang Kuantan memang suka yang pelik-pelik.

    Kami tidak kenal Pak Hassan secara peribadi kecuali melalui adik lelakinya yang mengambil alih tugas setelah Pak Hassan tidak lagi menaip.

    Adik lelaki Pak Hassan merupakan senior kami di sekolah menengah. Seperti Pak Hassan, adiknya juga bukanlah seorang yang suka bercakap banyak. Dia bercakap hanya apabila perlu dan mengotakan apa yang dia katakan.

    Tampan dan tinggi

    Tidak ada janji manis untuk memujuk tapi dia jarang mengecewakan. Bukan seperti semua ahli politik kesukaan kamu.

    Apabila pilihan raya semua bekerja untuk rakyat. Selepas itu, kamu pulak pandai-pandai nak jadi apa saja.

    Yang membezakan Pak Hassan dengan adiknya adalah cara mereka berpakaian. Pak Hassan selalu memakai seluar jeans dan topi koboi. Kemejanya pun jenis koboi.

    Kadang-kala memakai jeans dan kadang-kadang memakai baju kotak-kotak. Dia adalah ikon nomad paling terkemuka di Kuantan.

    Janggut dan misainya menyerupai Ito Blues Gang. Hanya

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts