Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJKKK perlu main peranan basmi kemiskinan di Sabah

    JKKK perlu main peranan basmi kemiskinan di Sabah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sebagai institusi pentadbiran di peringkat akar umbi, dilihat mempunyai perananan signifikan dalam membantu usaha kerajaan untuk membasmi seterusnya menoktahkan kemiskinan di Sabah.

    Tidak hanya fokus kepada komitmen memperkasa pengurusan organisasi kampung dan pembangunan di kawasan masing-masing, JKKK juga seharusnya bergerak lebih proaktif dalam memberi input serta maklum balas kepada kementerian berkaitan mengenai situasi kemiskinan penduduk.

    Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata kepimpinan peringkat kampung perlu tampil menyuarakan cadangan atau peranancangan relevan kerana ia penting bagi membolehkan kerajaan merangka usaha bersepadu menoktahkan kemiskinan secara komprehensif dan berkesan.

    “Pertama sekali, kepimpinan kampung perlu faham akan tugas dan perananan mereka (dalam usaha membantu kerajaan menoktahkan kemiskinan). Kerajaan akan memberi bantuan bagi mempermudahkan segala yang mereka ingin laksanakan.

    “Banyak aspek perlu difikirkan secara mendalam terlebih dahulu bagi memenuhi segala cadangan agar kerajaan dapat mengangkat ia (sebagai program) yang boleh dibuat mengikut pendekatan tepat ke arah merealisasikan fokus untuk menoktahkan kemiskinan,” katanya kepada Bernama.

    Usaha menoktahkan kemiskinan menjadi antara agenda utama digariskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

    Komitmen itu dapat dilihat menerusi penyediaan RM500 juta bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program Inisiatif Pendapatan Rakyat pada tahun depan untuk menambah pendapatan, selain beberapa program lain termasuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

    Jahid berkata JKKK seharusnya tidak membiar penduduk miskin atau miskin tegar di kampung masing-masing terus dibelenggu masalah itu, sebaliknya perlu ambil tahu keadaan mereka agar bantuan disediakan kerajaan dapat disalurkan ke arah meningkatkan ekonomi dan pendapatan golongan terbabit.

    ALSO READ:  Semak fakta: Dakwaan air kencing, tahi lembu dalam rempah India fitnah

    Ini termasuk mengenal pasti tahap kemiskinan dialami penduduk bagi membolehkan setiap permasalahan diselesaikan mengikut keperluan dan keutamaan, katanya.

    “Jangan mereka terbiar dan tidak dipeduli. Kita menyelesaikan satu persatu mengikut kes dan (tahap kemiskinan) serius perlu diberi perhatian terlebih dahulu diikuti yang lain. Kena ada perbincangan supaya dapat dikenal pasti mana yang betul-betul penting untuk diberi penyelesaian.

    “Ini bagi memastikan tidak tersalah pilih, perlu kenal pasti mana-mana individu yang betul-betul miskin tegar,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, Jahid berkata pelaksanaan program pemerkasaan kepimpinan institusi pentadbiran desa adalah penting merangkumi aspek pembangunan dan pemantapan personaliti serta integriti individu dilantik memegang perananan itu.

    Ini berikutan institusi itu dilihat signifikan dalam memastikan komitmen kerajaan merapatkan jurang ketidakseimbangan pembangunan antara bandar, luar bandar dan wilayah tercapai sekali gus merealisasikan matlamat pembangunan luar bandar mampan, katanya.

    Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2024 memaklumkan beberapa siri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK telah dijadualkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah untuk dilaksanakan sepanjang tahun depan.

    Inisiatif itu dibuat bagi memantapkan lagi keberkesanan tanggungjawab dan perananan JKKK dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan di peringkat kampung.

    Dalam Belanjawan 2024 pula, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM5,000 kepada JKKK bagi menggerakkan pelbagai program pembangunan komuniti kampung, tahun depan.

    Di Sabah, sebanyak 2,853 kampung didaftarkan sebagai badan JKKK.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts