Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJohor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan

    Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Johor meminta kerajaan persekutuan menimbangkan keputusannya untuk tidak lagi meneruskan inisiatif Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) dan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada mangsa banjir.

    Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Negeri dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengenai bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.

    Katanya sebahagian besar isu banjir di Johor tidak akan selesai selagi projek-projek di bawah rancangan tebatan banjir (RTB) tidak dilaksanakan.

    “Selagi projek-projek RTB Johor tidak selesai, bantuan-bantuan ini perlu diteruskan,” katanya dalam sesi penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri ini.

    “Semasa mesyuarat penyelarasan banjir (baru-baru ini), saya terkilan apabila dilaporkan bahawa kerja fizikal projek-projek RTB Johor di daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang yang bernilai RM 1.6 bilion belum lagi bermula dan dijadualkan hanya akan siap pada tahun 2030,” katanya.

    Bagaimanapun menurut Onn Hafiz kerajaan Negeri tidak pernah berpeluk tubuh, sebaliknya sesi libat urus terus dilaksanakan, dan garis masa projek-projek RTB itu dipendekkan supaya disiapkan tiga tahun lebih awal dari peranancangan asal.

    Menurut Onn Hafiz lagi projek RTB itu meliputi komponen seperti menaik taraf sungai, pembinaan lencongan sungai, melebar dan mendalamkan sungai, memperkukuhkan tebing-tebing, pembinaan floodwall, kolam takungan banjir serta pintu kawalan pasang surut.

    Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek bagi menangani masalah banjir yang berlaku, katanya, enam pam mudah alih akan ditambah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta, menjadikan aset pam bergerak berjumlah 48 kesemuanya.

    Berhubung bantuan melibatkan mangsa banjir, dia berkata kerajaan Johor dengan bantuan Namda menyalurkan peruntukan sebanyak RM125 juta melibatkan 64,742 ketua isi rumah seluruh Johor dengan pengagihannya telah selesai pada Julai lepas.

    ALSO READ:  Haris Ibrahim meninggal dunia

    Sementara itu, Menteri besar juga berkata Nadma bersetuju menyalurkan bantuan ihsan khas RM9.3 juta iaitu 6,512 keluarga akan menerima bantuan sebanyak RM1,000; 1,261 keluarga akan menerima RM2,000 dan 98 keluarga menerima bantuan RM3,000, dengan kesemuanya disalurkan sebelum hujung bulan ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts