Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJohor mohon tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sultanah Aminah

    Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sultanah Aminah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru bagi menangani isu kesesakan. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata selain isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, isu pelawat ataupun pesakit yang sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan turut menjadi perhatian.

    “Isu ini telah menyebabkan banyak pelawat dan pesakit terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama di mana ia mengakibatkan keadaan lalu lintas di kawasan HSA menjadi sesak. Justeru, saya akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dapat dilaksanakan di HSA ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

    Terdahulu, Onn Hafiz berkesempatan melawat HSA dalam lawatan Kembara Bas dari Johor Bahru ke Senai. Menurutnya, pada masa sama beliau telah mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada pihak pemaju bagi membuka ruang serta menyediakan tempat meletak kenderaan di kawasan lapang berhadapan HSA, berhampiran dengan jejantas.

    “Semoga usaha ini diberkati Allah dan membuahkan hasil demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts