Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJohor pertimbang pasang CCTV di semua masjid, surau

    Johor pertimbang pasang CCTV di semua masjid, surau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid termasuk di kawasan luar bandar untuk tujuan keselamatan.

    Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata cadangan itu adalah satu langkah yang baik namun memerlukan persetujuan semua pihak memandangkan ia memerlukan peruntukan tertentu.

    Katanya kebanyakan masjid dan surau di Johor, terutama di kawasan luar bandar, masih tidak mempunyai kemudahan itu.

    Pada masa sama, katanya, kerajaan Negeri menggalakkan orang ramai membuat rondaan secara sukarela terlebih dahulu.

    “Peruntukan perlu dicari dan sekiranya dipersetujui, mestilah disegerakan bagi mengekang perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan,” katanya kepada Bernama.

    Terdahulu, Mohd Fareed melawat Masjid Jamek Kampung Parit Simis serta Surau Ar Raudah Kampung Parit Bangas di Sri Medan dekat Batu Pahat terbakar pada 14 dan 15 Jan lepas dipercayai akibat perbuatan khianat.

    Sementara itu, polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat dalam insiden kebakaran di kedua-dua premis terbabit.

    Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata kejadian itu juga dipercayai dilakukan oleh individu sama berdasarkan siasatan awal pihak berkuasa.

    “Kes masjid dan surau terbakar ini masih masih dalam siasatan dan dipercayai ada unsur pencerobohan dan khianat dengan api.

    “Kejadian kedua-dua kes hampir sama dan kemungkinan melibatkan orang yang sama juga. Jadi kita buka kertas siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah pula berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts