Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJPM, agensi berkaitan akan kaji hukuman kesalahan dadah - Azalina

    JPM, agensi berkaitan akan kaji hukuman kesalahan dadah – Azalina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan agensi berkaitan akan menjalankan kajian undang-undang berhubung hukuman bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

    Beliau berkata kajian itu berdasarkan perspektif berbeza iaitu merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara rehabilitasi yang telah digunakan oleh negara-negara lain dan mengkaji kebolehlaksanaan pendekatan tersebut di Malaysia.

    Katanya Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan badan-badan bukan kerajaan, telah melakukan usaha terbaik dalam menangani isu berkenaan.

    “Namun masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan berkesan seterusnya menjadi punca kepada isu sistemik lain seperti kesesakan penjara dan sistem keadilan jenayah yang terbeban.

    “Oleh itu, saya berpandangan bahawa pendekatan terhadap masalah dadah perlu dikaji dan dilihat semula selaras dengan perkembangan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Azalina hari ini mempengerusikan sesi perbincangan Kajian Undang-Undang Berhubung Hukuman Mengenai Kesalahan Penyalahgunaan Dadah.

    Perbincangan itu diadakan bersama wakil daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KKM, ahli-ahli akademik serta wakil dari organisasi masyarakat sivil untuk membincangkan dan mendapatkan pandangan awal mengenai keperluan kajian undang-undang berhubung hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

    Menurut Azalina, Kerajaan Perpaduan komited untuk memelihara kepentingan golongan-golongan berisiko tinggi dalam perkara itu, seperti golongan rentan, golongan miskin serta golongan belia yang mudah dipengaruhi.

    “Sesi libat urus lanjutan berkaitan perkara ini termasuk perbincangan kumpulan berfokus akan dikendalikan oleh Timbalan Menteri Undang-Undang (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),” katanya.

    ALSO READ:  TPM: M'sia perlu pemahaman menyeluruh untuk ketum jadi komoditi menguntungkan

    Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga melihat isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja sebagai isu jenayah, tetapi sebagai satu isu kesihatan yang memberikan kesan kepada masyarakat dari segi ekonomi, kesihatan, dan sosial.

    “Kerajaan berhasrat untuk menggabungkan usaha semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pakar-pakar, dan masyarakat sivil dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang lebih berkesan demi sebuah masyarakat Madani yang sihat dari semua aspek,” kata Azalina.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts