Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJPN nafi dakwaan 54,000 Warga China mohon kerakyatan

    JPN nafi dakwaan 54,000 Warga China mohon kerakyatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa terdapat 54,000 permohonan kerakyatan yang belum selesai melibatkan warga dari China.

    Dalam satu kenyataan hari ini, JPN berkata dakwaan itu berdasarkan sidang media oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution yang dimanipulasi.

    “Jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

    “Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai 2023 lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal),” kata JPN.

    Ini adalah reaksi terhadap klip video tular yang mendakwa bahawa 54,000 warga China telah menunggu permohonan kewarganegaraan dan akhirnya mereka akan menjadi “pengundi DAP”.

    Klip video itu berdasarkan sidang media yang disampaikan oleh Saifuddin pada 8 Jan.

    JPN berkata, semasa sidang media itu, Saifuddin telah berjanji JPN akan menilai 10,000 permohonan kewarganegaraan tahun ini.

    “Komitmen ini adalah tindakan proaktif oleh KDN kerana berpandangan keperluan membuat keputusan dalam tempoh yang wajar, antara lain bertujuan memberi keadilan kepada pemohon yang telah memohon sekian lama yang meliputi permohonan di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1).

    “Sekiranya permohonan mereka ditolak, mereka dapat mencari alternatif lain dalam meneruskan kehidupan di negara ini ataupun di negara lain,” kata JPN.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts