Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJuadah nasi kerabu berulat bukan dari Bazar Ramadan Kuala Pilah

    Juadah nasi kerabu berulat bukan dari Bazar Ramadan Kuala Pilah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan dakwaan juadah nasi kerabu berulat berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang, Kuala Pilah seperti yang tular menerusi media sosial.

    Yang Dipertua MDKP Mohd Faizal Abd Manap berkata hasil siasatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah di bazar itu mendapati terdapat empat lot berdaftar bagi jualan nasi kerabu dan hanya dua lot sahaja digunakan untuk berniaga oleh peniaga yang sama.

    “Hasil pemeriksaan mendapati masakan dijual adalah baru dan tiada kesan makanan lama digoreng semula. Bungkusan makanan digunakan oleh peniaga ini juga berbeza daripada yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas isu video tular sejak semalam yang memaparkan nasi kerabu berulat di lokasi nasi kerabu Bazar Ramadan Kuala Pilah bersebelahan McDonald’s.

    Menurut Mohd Faizal MDKP ada menghubungi pengadu berkenaan, namun tiada maklum balas dan dikhuatiri aduan terbabit bersifat fitnah atau berkemungkinan nasi kerabu itu dibeli di bazar lain.

    Beliau sehubungan itu mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial tanpa ada sumber yang sah dan bukti mencukupi.

    “Tindakan undang-undang akan dikenakan atas perkara yang mengundang fitnah. Sekiranya terdapat aduan berkenaan makanan dan harga yang dikenakan peniaga di bazar, salur maklumat yang tepat kepada MDKP berserta tarikh dan nombor kedai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts