Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJualan beras import Rahmah legakan rakyat

    Jualan beras import Rahmah legakan rakyat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Program Jualan Rahmah Beras yang menawarkan penjualan beras import pada harga lebih murah dilihat mampu menyediakan alternatif kepada pengguna bagi mengurangkan kebergantungan kepada beras tempatan.

    Penghulu Kampung Limbat, Pasir Tumboh di Kota Bharu, Bukhari Daud, 67, berkata langkah menyenaraikan beras import dalam Jualan Rahmah memberi peluang kepada rakyat menikmati beras import pada harga yang lebih murah.

    “Rakyat Kelantan memang agak sinonim dengan penggunaan beras import dari Thailand. Penjualan beras import pada harga yang lebih murah ini sedikit sebanyak akan memberi kelegaan kepada rakyat sekali gus menunjukkan kerajaan cuba mencari jalan menangani permasalahan rakyat.

    “Kita harap program ini boleh diteruskan dalam tempoh yang lebih lama hingga bekalan beras tempatan dapat dipulihkan,” katanya ketika ditemui Bernama di Kota Bharu hari ini.
    ![gambar](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/bf3002427946568bfb16d6df417f563c.jpg)

    Seorang pengguna Norhazirah Ismail, 35, berkata bekalan beras tempatan yang agak sukar diperoleh ketika ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada rakyat.

    “Sekiranya beras tempatan gagal didapati penguna terpaksa juga membeli beras import walaupun harganya agak mahal demi memenuhi keperluan keluarga.

    “Dengan tawaran harga beras import yang lebih murah melalui Jualan Rahmah ini akan memberi sedikit kelegaan kepada golongan B40 seperti kami,” katanya yang menetap di Kampung Gong Dermin di Kota Bharu.

    Katanya beliau tidak pernah melepaskan peluang mengunjungi semua Program Jualan Rahmah yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini yang menawarkan banyak potongan harga bagi barang keperluan asas.
    ![gambar](https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/11/ad51dd056712a1becb3137db7d00a59f.jpg)

    Norhazirah memberitahu Jualan Rahmah Beras yang bakal dilaksanakan bermula hari ini juga menunjukkan kerajaan peka dengan keadaan semasa rakyat.

    “Cuma saya harap selain program ini, kerajaan perlu segera mencari jalan tangani masalah kekurangan beras tempatan kerana rakyat berdepan pelbagai peningkatan kos sara hidup yang lain,” katanya.

    ALSO READ:  Fama, PPNJ bekal 80 tan beras tempatan ke Johor

    Pada Isnin, Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat memaklumkan akan melancarkan Jualan Rahmah Beras bermula hari ini.

    Menurutnya program itu akan membolehkan rakyat membeli beras pada harga diskaun berikutan akses kepada beras tempatan terganggu ketika ini.

    Dalam kenyataan medianya hari ini, Fuziah turut memaklumkan pihaknya menyasarkan pelaksanaan jualan berkenaan diperluaskan di semua kawasan Parlimen, di samping menggalakkan Ahli Parlimen dan pemimpin setempat turut mengambil bahagian menguruskan serta merancang melaksanakan program seumpama itu untuk pengundi di kawasannya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts