Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah

    Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos – Fuziah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program Jualan Rahmah dua kali sebulan di 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, bermula bulan ini.

    Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata ia berikutan KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.

    “Sebelum ini Jualan Rahmah dilaksanakan dua kali sebulan di peringkat Parlimen dan sekali sebulan di peringkat DUN. Dengan penambahan bajet ini, kita akan tingkatkan jualan dua kali sebulan di peringkat DUN pula.

    “Peruntukan tambahan ini adalah keperihatinan Perdana Menteri untuk pastikan jualan rahmah terutama model jualan bergerak kedai cari rakyat sampai ke semua pelosok kawasan terutama kawasan B40 dan program perumahan rakyat termiskin (PPRT),” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rahmah Peringkat Negeri Kelantan, hari ini.

    Karnival Rahmah yang berlangsung selama dua hari itu memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat selain jualan Menu Rahmah membabitkan 100 peniaga.

    Fuziah turut menyampaikan 20 Bakul Rahmah berupa barangan keperluan asas kepada penerima daripada kumpulan B40.

    Dalam pada itu, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,193 lokasi terlibat dengan Jualan Rahmah di seluruh negara dengan rekod jualan RM50 juta.

    Fuziah berkata KPDN menggalakkan lebih ramai pemain industri sama ada pasar raya, pemborong dan peruncit supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

    “Bagi Kelantan kita telah menjalin kerjasama dengan 15 syarikat perniagaan bagi tujuan Jualan Rahmah. KPDN menerima sambutan amat menggalakan daripada pemain industri termasuk penyertaan restoran makanan segera popular yang menyediakan Menu Rahmah bagi memberi peluang golongan B40 menikmati menu mereka,” katanya.

    ALSO READ:  Msia more selective in choosing foreign investment, says Anwar

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts