Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJumlah mangsa banjir di 3 Negeri kekal 278 orang - Nadma

    Jumlah mangsa banjir di 3 Negeri kekal 278 orang – Nadma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga Negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 6 pagi ini.

    Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), daripada jumlah tersebut, 99 mangsa daripada 42 keluarga masih berlindung di dua PPS di Daerah Beluran, Sabah.

    Dalam pada itu, di Pahang seramai 101 mangsa daripada 34 keluarga kekal ditempatkan di sebuah PPS di Rompin, manakala di Johor, seramai 78 mangsa daripada 20 keluarga berada di tiga PPS iaitu di Segamat (63 orang) dan Batu Pahat (15 orang).

    Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa lokaliti sungai di Johor, Perlis, Selangor dan Terengganu berada pada paras bahaya pagi ini.

    Sungai yang terlibat di Johor adalah Sungai Muar di Segamat dan Sungai Johor di Kota Tinggi serta Sungai Arau (Perlis), Sungai Langat di Kuala Langat dan Sungai Klang (Selangor) serra Sungai Terengganu di Kuala Terengganu (Terengganu).

    Selain itu, terdapat 17 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu, Jalan Sungai Tiang di Baling, Kedah dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.

    NADMA turut memaklumkan jumlah mangsa kebakaran yang masih berlindung di sebuah PPS di Kuching, Sarawak kekal 38 orang daripada 12 keluarga.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts