Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJumlah rakyat Palestin terkorban di Gaza meningkat ke 10,000

    Jumlah rakyat Palestin terkorban di Gaza meningkat ke 10,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin. Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain. Dia berkata jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

    Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak. Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.

    Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel. Sementara itu, Agensi Berita Wafa melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Okt.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts