Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJurang jantina: Wanita dibayar gaji satu per tiga lebih rendah

    Jurang jantina: Wanita dibayar gaji satu per tiga lebih rendah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun mempunyai enrolmen yang lebih tinggi dalam pendidikan tinggi, gaji yang diterima wanita adalah kira-kira satu per tiga lebih rendah berbanding lelaki.

    Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kira-kira separuh daripada semua wanita negara ini mempunyai pendidikan tinggi, manakala hanya kira-kira satu per tiga daripada lelaki yang mendapat pendidikan seumpama itu.

    Pada masa sama, kata agensi di bawah Kementerian Ekonomi itu lagi, bagi setiap RM100 gaji dan upah yang diterima lelaki, wanita hanya menerima RM66.67.

    Dapatan Indeks Jurang Jantina Malaysia 2022 itu dikeluarkan jabatan terbabit hari ini.

    Indeks Jurang Jantina Malaysia merakamkan magnitud ketaksamaan berasaskan jantina dalam domain terpilih. Ia diukur dengan skor antara 0 hingga 1, dengan 1 adalah pariti sempurna antara wanita dan lelaki.

    Secara keseluruhan, menurut DOSM, Indeks Jurang Jantina Malaysia 2022 berada pada tahap 0.694, turun dua tahun berturut-turut berbanding 2021 (0.707) dan 2022 (0.714).

    Skor indeks jurang jantina Johor adalah yang terendah iaitu pada 0.670, diikuti Negeri Sembilan (0.674) dan Pahang (0.679).

    Markah Johor diheret ke bawah oleh ukuran dalam penyertaan ekonomi dan peluang, dengan markahnya hanya 0.545.

    Wilayah yang mencatatkan skor tertinggi dari segi pariti jantina ialah Putrajaya iaitu pada 0.792.

    Jangka hayat lebih lama

    Data menunjukkan penyertaan ekonomi dan peluang hampir setara dicatat antara lelaki dan wanita di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, iaitu 0.910.

    Bagaimanapun, dari segi penyertaan ekonomi dan peluang di seluruh negara, DOSM mendapati jurang yang ketara masih wujud pada 2022, dengan indeks 0.644 mata.

    Selain jurang gaji jantina, terdapat juga jurang ketara dari segi bilangan wanita yang membentuk penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus.

    ALSO READ:  Ibu didakwa aniaya anak hingga cedera

    Kata jabatan itu hampir satu per empat daripada orang yang mengisi jawatan tersebut adalah wanita.

    Pun begitu keadaan adalah lebih baik dalam bidang profesional dan teknikal, apabila wanita membentuk 40.7 peratus daripada semua pekerja.

    Penyertaan buruh wanita pula jauh lebih rendah berbanding lelaki, dengan 55.8 peratus wanita terlibat dalam pasaran buruh, berbanding 81.9 peratus lelaki.

    Daripada domain yang diukur, pemerkasaan wanita dalam politik mencatat skor paling teruk iaitu 0.102 ekoran penyertaan wanita hanya membentuk 13.5 peratus daripada ahli parlimen yang dipilih.

    Jumlah peratusan wanita dalam jawatan Menteri juga mencatatkan penurunan kepada hanya 17.9 peratus wanita berbanding 2022.

    Bagaimanapun indeksnya jauh lebih baik dari segi kesihatan dan kelangsungan hidup, dengan jangka hayat wanita adalah 4.9 tahun lebih lama daripada lelaki, iaitu 76.4 tahun.

    DOSM berkata punca utama kematian wanita pada 2022 ialah radang paru-paru, penyakit jantung koronari, penyakit serebrovaskular (aliran darah ke otak terjejas), jangkitan Covid-19 dan kanser payudara.

    Di Malaysia juga terdapat lebih ramai bayi lelaki yang dilahirkan berbanding perempuan dengan nisbah 939 perempuan kepada 1,000 lelaki.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts