Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJuruaudit kata tiada asas tarik balik pensijilan kayu Samling di Generai

    Juruaudit kata tiada asas tarik balik pensijilan kayu Samling di Generai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Badan audit Sirim QAS International menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk membatalkan sijil pengurusan hutan (FMU) kepada sebuah syarikat kayu Sarawak atas dakwaan melanggar peraturan.

    Ini adalah sebagai respons kepada laporan The Borneo Project dan Bruno Manser Fonds (BMF), yang meminta pembeli antarabangsa untuk mengboikot kayu Sarawak, terutamanya dari Samling.

    Salah satu alasan yang dinyatakan dalam laporan itu adalah mengenai pertikaian tanah adat antara Samling dan masyarakat Orang Asal yang tinggal di FMU Generai.

    Laporan tersebut mendakwa Samling melanggar syarat-syarat pensijilan kayu lestari yang dikeluarkan oleh Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) kerana wujudnya ladang yang luas di dalam FMU melebihi had 5 peratus yang ditetapkan.

    Mengenai perkara ini, Sirim QAS – yang merupakan badan pensijilan MTCS – menjelaskan bahawa pensijilan FMU Generai tidak boleh dibatalkan kerana terdapat “bukti sah” bahawa ketidakpatuhan itu ditangani.

    Perkara ini berbeza dengan apa yang berlaku kepada FMU Ravenscourt Samling, di mana pensijilannya telah dibatalkan.

    “Bagi kes Ravenscourt, FMU menghadapi cabaran dalam menyelesaikan ketidakpatuhan dalam masa yang ditetapkan dan itu telah membawa kepada penggantungan dan penarikan balik sijil itu,” kata juruaudit tersebut.

    Sebelum ini, Samling memberitahu Malaysiakini bahawa isu pertikaian tanah adat di FMU mereka telah diselesaikan.

    Ia juga mengatakan bahawa ladang di FMU Generai telah dikeluarkan dari kawasan yang diperakui di bawah MTCS.

    Maklum balas penuh Sirim terhadap The Borneo Project dan laporan BMF adalah seperti berikut.

    1. Apakah reaksi anda secara umum terhadap laporan tersebut?

    Laporan itu adalah kompilasi dakwaan berterusan yang ditujukan kepada program Pensijilan Pengurusan Hutan yang diuruskan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), pemilik skim, dan menjelaskan bagaimana SIRIM QAS International, yang bertindak sebagai Badan Pensijilan (CB), telah menguruskan skim ini.

    ALSO READ:  Syarat pindah kemudahan retak dan larut lesap Lynas ditarik balik

    CB dan pemilik skim, MTCC, sebelum ini telah menjawab dakwaan ini beberapa kali.

    Tanpa berpihak kepada Samling, adalah penting untuk dinyatakan bahawa dalam menawarkan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) kepada pelanggan, SIRIM QAS mematuhi sepenuhnya prosedur akreditasi dengan teliti, memastikan penilaian dan keputusan dibuat dengan teliti dan tidak berat sebelah.

    2. Adakah anda berpendapat MTCS memerlukan kemas kini dan perubahan untuk lebih telus dan lebih baik mengekalkan akauntabiliti syarikat kayu seperti yang dicadangkan oleh laporan itu?

    Jika ya, apakah jenis perubahan yang perlu dibuat pada sistem MTCS?

    SIRIM QAS tidak mempunyai kuasa untuk mewakili MTCC berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan MTCS.

    Bagaimanapun, selepas meluluskan skim yang diluluskan oleh PEFC dan menerima pengiktirafan sebagai CB melalui akreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia, MTCS telah menyemak semula skimnya secara dinamik untuk penambahbaikan berterusan.

    Sebagai tambahan kepada kajian semula, CB dan MTCC berusaha bekerjasama untuk mewujudkan persefahaman bersama mengenai pengendalian skim tersebut dalam semangat mengurus sumber hutan secara telus dan berkesan.

    3. Laporan itu mencadangkan bahawa MTCC masih belum mempunyai jaminan bahawa piawaian-piawaian mereka dipertahankan.

    Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini, dan mengapa atau mengapa tidak?

    Berdasarkan perkara 2, MTCS, yang dibangunkan oleh MTCC, telah berkhidmat kepada Badan Pensijilan (CB) selama lebih daripada 10 tahun.

    Pengiktirafan oleh PEFC telah kukuhkan kedudukannya sebagai skim pensijilan yang paling terpercaya dan terunggul untuk pengurusan hutan yang terdapat di negara ini pada masa ini.

    Sejak diperkenalkan, MTCS secara konsisten terbukti berkesan dalam memulihara hutan semula jadi dan hutan ladang di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, walaupun terdapat variasi peraturan di antara Negeri-Negeri.

    Tindakan berunding secara terbuka dengan NGO, komuniti dan pihak berkepentingan lain, termasuk penilaian aduan pelanggan dan maklum balas media setiap tahun atau sepanjang audit pengawasan tahunan adalah bukti bahawa semua aspek kritikal pensijilan hutan sedang dipertimbangkan, menunjukkan bahawa MTCC mengendalikan skim dengan kelayakan.

    ALSO READ:  Whole-of-nation approach needed to address violent crimes against women, children, says Nancy

    4. Laporan itu juga mencadangkan bahawa Sirim belum mempunyai ambang (treshold) tentang bila sesebuah syarikat itu melakukan ketidakaptuhan yang belum diperbaiki dan pensijilan mereka sepatutnya dibatalkan.

    Apa pendapat anda tentang dakwaan ini?

    MTCS adalah sijil sistem pengurusan, yang bermakna konsep peranancangan, pelaksanaan, pemeriksaan, dan tindakan (PDCA) menjadi dominan berbanding dengan pengenaan penalti secara serta-merta atas kegagalan memenuhi beberapa syarat tertentu.

    Tindakan menetapkan ketidakpatuhan, diikuti dengan penutupan atau kepada penggantungan dan akhirnya penarikan balik pensijilan adalah proses mengurus akibat yang mesti ditangani dengan objektif demi menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan.

    Oleh itu, ada atau ketiadaan ambang bagi ketidakpatuhan yang belum diperbaiki bukanlah satu-satunya syarat untuk menggantung pensijilan.

    Memang terdapat situasi di mana sijil-sijil FMU ditarik balik kerana tidak memberi respons kepada ketidakpatuhan dalam jangka masa yang diberikan.

    5. Terdapat beberapa perkara dalam laporan ini mengenai usaha masyarakat Orang Asal melaporkan isu pencerobohan daripada Samling, serta pembersihan berlebihan di Hutan Lipur Sungai Moh dan sebahagian FMU Gerenai yang dianggap sebagai ladang kelapa sawit.

    Adakah Sirim mengetahui sebarang isu ini?

    Kejadian-kejadian ini adalah amalan pembalakan konvensional yang biasa sebelum pensijilan bermula. SIRIM QAS sebagai CB untuk FMU tidak menyokong amalan sedemikian.

    Oleh itu, memberi perkhidmatan pensijilan kepada FMU akan membolehkan CB memberi pencerahan kepada semua pihak berkepentingan (iaitu melalui proses perundingan termasuk Persetujuan Bebas, Didahulukan dan Diinformasikan – FPIC sebelum sebarang operasi) dan dengan itu mencegah pencerobohan daripada terus berlaku.

    6. Salah satu cadangan pertama laporan itu ialah Sirim juga membatalkan pensijilan untuk FMU Gerenai, seperti yang dilakukan untuk FMU Ravenscourt. Apakah pendapat anda mengenai cadangan ini?

    ALSO READ:  EU's von der Leyen set to win backing for second term from Germany

    Setakat ini adakah anda percaya ketidakpatuhan di Gerenai FMU adalah sama dengan ketidakpatuhan di Ravenscourt?

    SIRIM QAS tidak mempunyai alasan untuk membatalkan pensijilan yang dianugerahkan kepada Gerenai FMU, kerana terdapat bukti yang sah dikemukakan untuk menyelesaikan ketidakpatuhan tersebut. Bagi kes Ravenscourt, FMU menghadapi cabaran dalam menyelesaikan ketidakpatuhan dalam masa yang ditetapkan dan yang telah membawa kepada penggantungan dan penarikan balik sijil berikutnya.

    7. Berikutan keputusan untuk membatalkan Ravenscourt FMU, adakah Sirim telah membuat sebarang penilaian dalaman terhadap proses akauntabiliti untuk syarikat-syarikat kayu dan ketelusan mengenai keputusannya?

    Jika ya, apa jenis penilaian yang telah dilakukan oleh Sirim?

    Keputusan untuk menarik balik status pensijilan Ravenscourt dibuat mengikut prosedur sedia ada. Prosedur ini telah wujud dan dikekalkan melalui pemeriksaan akreditasi secara berkala, oleh itu tidak perlu menjalankan penilaian dalaman seperti yang dicadangkan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts