Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesJurulatih taekwando didakwa amang seksual lima kanak-kanak

    Jurulatih taekwando didakwa amang seksual lima kanak-kanak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan, antara September dan Oktober lepas.

    Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Seksyen 24, di Shah Alam sekitar September dan 28 Okt lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

    Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport ke mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.

    Mahkamah kemudian menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam ‘Adil Safwan Ahmad Shaffie.

    Sebelum ini media melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di Shah Alam kira-kira 4 petang, 2 Nov lepas.

    Siasatan terhadap suspek yang juga merupakan penuntut kolej swasta sebelum ini, mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa-mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah seksual itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts