Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKabinet buka semula pengambilan pekerja asing di 3 sub sektor

    Kabinet buka semula pengambilan pekerja asing di 3 sub sektor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Mesyuarat jemaah Menteri hari ini meluluskan penggajian pekerja asing bagi tiga subsektor iaitu tukang gunting rambut, tekstil, dan tukang emas, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk membuka semula tiga subsektor perkhidmatan tersebut yang sebelum ini telah dibekukan sejak tahun 2009.

    “Saya ingin memaklumkan bahawa pembukaan semula ini tidak bersifat menyeluruh dan akan berlandaskan kepada keperluan sebenar subsektor tukang gunting rambut, tekstil, dan tukang emas. Justeru itu, sebagai permulaan, setelah meneliti keperluan ketiga-tiga subsektor tersebut, keputusan Jemaah Menteri pada hari ini telah memutuskan untuk membuka kuota sebanyak 7,500 orang bagi ketiga-tiga subsektor tersebut,” katanya.

    Menurut Sivakumar, Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK) akan memperhalusi mekanisme yang bersesuaian bagi tujuan pelaksanaan proses itu, kerana kerajaan pada masa ini telah menghentikan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing.

    “Mekanisme yang dibangunkan menitikberatkan perkara-perkara seperti permohonan tertakluk kepada perincian kuota yang ditetapkan mengikut tiga subsektor. KPDNKK selaku agensi kawal selia perlu menyelaras perincian kuota di atas dengan pihak industri bagi tujuan permohonan pekerja asing berdasarkan mekanisme yang akan ditetapkan.

    “Permohonan pekerja asing akan mengikut prosedur sedia ada dari segi saringan majikan di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 dan verifikasi untuk kelulusan kuota termasuk melalui proses temuduga bersama Agensi Kawal Selia iaitu KPDNKK,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts