Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKad media bukan lesen amal kewartawanan - Fahmi

    Kad media bukan lesen amal kewartawanan – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kad akreditasi akhbar bukan lesen untuk mengamalkan kewartawanan, tidak seperti yang diberikan kepada pengamal perubatan atau undang-undang, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Menurutnya, kad media hanyalah satu cara untuk memudahkan akses media ke acara rasmi.

    Dia berkata demikian sebagai mewajarkan tindakan Jabatan Penerangan untuk mengeluarkan kad media dengan tempoh sah lebih pendek kepada wartawan daripada pelbagai agensi berita dalam talian.

    “Saya harap rakan-rakan media boleh bantu untuk jelaskan bahawa ini bukan seperti lesen perubatan sebelum dibenarkan mengamalkannya. Ini bukan badan profesional seperti peguam, arkitek atau doktor, di mana kita perlukan lesen untuk bekerja dalam bidang itu.

    “Ini bukan lesen – kad perakuan media adalah yang diberikan oleh Jabatan Penerangan khas untuk memudahkan wartawan hadir mengikuti dan membuat pelaporan bagi acara rasmi kerajaan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

    Fahmi menegaskan bahawa isu tempoh sah kad berkenaan tidak sama sekali menyekat, atau menghalang wartawan daripada melaksanakan tugas masing-masing.

    “Kamu tidak perlukan kad akreditasi media untuk bekerja atau berfungsi sebagai wartawan,” tambah Menteri itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts