Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKada: Pembenihan awan akan dilaksana bila-bila masa di kawasan padi

    Kada: Pembenihan awan akan dilaksana bila-bila masa di kawasan padi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Operasi pembenihan awan di kawasan penanaman padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dijangka dilaksanakan pada bila-bila masa namun bergantung keadaan cuaca yang ditentukan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

    Pengerusinya Muhammad Husin berkata operasi berkenaan wajar dilakukan pada bulan ini kerana banyak kawasan padi sudah terjejas dan berdepan masalah kekurangan air yang kritikal terutama di kawasan sekitar Kota Bharu yang berkeluasan 2,000 hektar.

    Beliau berkata jumlah keseluruhan kawasan padi seliaan Kada seluas 26,000 hektar dan daripada jumlah itu 5,600 hektar mengalami kerosakan melibatkan kawasan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Pasir Puteh, Bachok dan Pasir Mas manakala 800 hektar lagi musnah dan tidak dapat diselamatkan.

    “Saya baru sahaja dapat maklum balas daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bahawa mereka sudah buat persiapan dan telah menghubungi pihak Tentera Udara Diraja Malaysia untuk membuat persediaan operasi pembenihan awan di kawasan tanaman padi seliaan Kada.

    “Sekarang ini hanya tunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan operasi berdasarkan keadaan cuaca yang akan ditentukan oleh MetMalaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Colek bersama pengamal media, di Kota Bharu, malam tadi.

    Muhammad berkata Kada telah menubuhkan pasukan khas kemarau yang berperananan menyelidik keadaan semasa pada musim kemarau, mencadangkan langkah-langkah perlu diambil seperti pembinaan telaga tiub, jumlah pam diperlukan dan kawasan mana sepatutnya disediakan kemudahan berkenaan.

    “Pengalaman pada tahun ini, kita sudah tahu kawasan mana sepatutnya kita berikan fokus utama bergantung sepenuhnya kepada pam Kemubu yang kini tidak boleh digunakan langsung berikutan paras air sungai terlalu cetek.

    “Walaupun kita sudah buat banyak telaga tiub tetapi masih tidak mencukupi dan kita harap rumah pam Kemubu 3 yang dijangka siap pada 2025 dapat selesaikan masalah air yang dihadapi sekarang ini,” katanya

    Muhammad sebelum ini memaklumkan kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan 26,833 hektar tanaman padi di bawah Kada dijangka terjejas berikutan musim kemarau pada masa ini.

    ALSO READ:  Tiada lagi kempen keselamatan jalan raya bagi musim perayaan

    Keadaan itu mempengaruhi jumlah pengeluaran padi bagi musim penanaman kedua 2023 yang dijangka akan menyusut hingga 25 peratus jika suhu semasa pada Kadar 30 hingga 34 darjah Celsius berbanding 212,000 tan metrik hasil tuaian musim pertama.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts