Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKadar inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Dis '23

    Kadar inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Dis ’23

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kadar keseluruhan inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Dis 2023 dengan mata indeks berada pada 131.2 mata berbanding 129.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata berlaku peningkatan yang perlahan dalam sektor restoran dan hotel, (3.7 peratus; Nov2023: 4.3 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.7 peratus; Nov 2023: 2.3 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (2.3 peratus; Nov2023: 2.6 peratus).

    “Kumpulan utama lain yang menunjukkan peningkatan ialah kesihatan (2.5 peratus; Nov2023: 2.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus; Nov2023: 0.1 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023, kata Mohd Uzir, meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.

    DOSM berkata ia didorong oleh kenaikan 5.6 peratus dalam kumpulan restoran dan hotel (2022: 5.0 peratus); 4.8 peratus dalam makanan dan minuman bukan alkohol, (2022: 5.8 peratus) dan 2.4 peratus dalam pelbagai barangan dan perkhidmatan (2022: 2.0 peratus).

    Dia berkata inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan kenaikan 0.2 peratus (Nov2023: 0.0 peratus) dengan beberapa kumpulan terus mencatatkan peningkatan secara bulanan.

    Antaranya perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan pada 0.4 peratus, makanan dan minuman bukan alkohol (0.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus).

    Sementara itu, kata Mohd Uzir, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Dis 2023 (Nov2023: 2.0 peratus) dan masih melepasi inflasi keseluruhan Malaysia pada 1.5 peratus.

    Katanya ia didorong oleh kumpulan restoran dan hotel serta makanan dan minuman bukan alkohol yang masing-masing mencatatkan peningkatan sederhana 3.7 peratus dan 3.2 peratus pada Dis 2023.

    Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.5 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (3.9 peratus), Vietnam (3.6 peratus), AS (3.4 peratus), Korea Selatan (3.2 peratus), zon Eropah (2.9 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).

    ALSO READ:  Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini

    “Bagaimanapun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (-0.8 peratus) dan China (-0.3 peratus),” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts