GLOBAL | Kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 12.4 peratus pada tahun lalu, dengan kadar kemiskinan kanak-kanak meningkat dua kali ganda berbanding 2021, mengikut laporan dari Xinhua yang mengutip data biro bancian negara itu.
Ukuran kemiskinan tambahan (SPM) yang menilai sama ada orang ramai mempunyai sumber mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan mereka, meningkat 4.6 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Statistik juga menunjukkan kadar kemiskinan kanak-kanak meningkat lebih dua kali ganda, dari 5.2 peratus pada tahun 2021 kepada 12.4 peratus pada tahun 2022.
Laporan tersebut menyatakan bahawa kadar kemiskinan kanak-kanak tersebut adalah yang tertinggi sejak agensi tersebut mula mengukurnya pada tahun 2009.
Pusat Belanjawan dan Keutamaan Dasar, sebuah badan pemikir berhaluan kiri di AS, melaporkan bahawa jumlah orang miskin meningkat kepada 15.3 juta rakyat.
Presiden Pusat Belanjawan dan Keutamaan Dasar, Sharon Parrott, menyatakan bahawa peningkatan kadar kemiskinan di AS adalah “mengejutkan.”
“Peningkatan kadar kemiskinan ini, yang merupakan yang terbesar dalam rekod 50 tahun, baik secara keseluruhan mahupun dalam kalangan kanak-kanak, menunjukkan perananan penting yang dimainkan oleh dasar seperti tahap kemiskinan dan kesusahan di negara ini,” katanya.
SPM melibatkan penilaian pendapatan dan kesan bantuan bukan tunai, seperti bantuan makanan dan bantuan perumahan.
– Bernama/Xinhua