Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional

    Kadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penduduk Putrajaya menunjukkan trend yang melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

    Dr Zaliha berkata statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan turut mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Justeru katanya badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperananan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.

    “Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk perananan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Madani kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 2024 di Putrajaya, semalam.

    Menurutnya badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

    “Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat,” katanya.

    Terdahulu Dr Zaliha menyampaikan bantuan berkenaan kepada 86 badan sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjumlah RM282,000.

    Dia berkata bantuan tersebut bagi kegunaan pentadbiran badan yang berdaftar dan bergiat aktif di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

    Sementara itu, menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kuching, Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini, Dr Zaliha berharap kontinjen Wilayah Persekutuan dapat memperbaiki pencapaian terdahulu.

    “Saya mahukan semua badan sukan mempersiapkan atlet masing-masing untuk berada pada prestasi terbaik kerana hanya yang terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan pingat sahaja akan dipilih untuk dihantar ke Sukma di Sarawak nanti,” katanya.

    ALSO READ:  Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek

    Dalam majlis sama 47 pengurus pasukan dari Wilayah Persekutuan turut menerima watikah pelantikan ke Sukma nanti.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts