Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKadar sewa rendah antara punca Nilai jadi tumpuan warga asing

    Kadar sewa rendah antara punca Nilai jadi tumpuan warga asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Premis berkadar sewa rendah termasuk untuk dijadikan asrama dan transit sebelum warga asing dihantar ke Negeri jiran adalah antara faktor mengapa kumpulan itu bertumpu di Nilai, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

    Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sembilan berkata hal itu memberikan kesan kepada masyarakat sekitar berikutan ada antara mereka yang melanggar undang-undang.

    Malah katanya ada dalam kalangan majikan mengambil kesempatan menempatkan pekerja mereka dalam persekitaran tidak selesa.

    “Jadi kerajaan Negeri merasakan perlu dibuat pemeriksaan bagi memastikan mereka (majikan dan warga kerja asing) mengikut peraturan yang ditetapkan.

    “Kita tahu sebahagian daripada mereka ada lesen, mereka (majkan) juga warganegara dan boleh menjalankan perniagaan mereka dengan baik, tetapi pastikan tidak melanggar peraturan.

    “Ada kedai yang telah lama beroperasi tapi baru nak mohon lesen apabila operasi dijalankan,” katanya kepada pemberita.

    Aminuddin berkata demikian selepas turun padang menyertai operasi bersepadu Op Sabong melibatkan 350 agensi keselamatan dan penguatkuasaan Negeri Sembilan termasuk polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam di Nilai malam tadi.

    Dalam tempoh lima hari bermula 24 Okt, sebanyak 17 operasi dilaksanakan dengan lebih 1,000 warga asing diperiksa serta 185 tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

    Sebanyak 254 premis juga diperiksa dan lima premis disita.

    Aminuddin turut menggesa ejen pekerja asing supaya mengikut peraturan dan tidak menjadikan Nilai sebagai tempat meletakkan pekerja mereka sebelum dihantar ke lokasi lain.

    Dia turut menasihatkan warga asing agar memahami adat dan budaya tempatan serta berkelakuan baik selain tidak melanggar peraturan.

    Sementara itu, Aminuddin berkata, sejumlah 398 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 600 botol/tin bir serta 51 peket rokok pelbagai jenama seludup, selain 10 peket syabu dan 14 peket heroin turut dirampas dalam operasi berkenaan.

    ALSO READ:  France, Germany, UK condemn Iran over ballistic missiles, target new sanctions

    Katanya semua kesalahan, rampasan dan tangkapan itu tertakluk Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam dan Akta Imigresen.

    Menurutnya operasi seumpama itu akan terus dipergiat oleh semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan serta diperluas ke semua daerah bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri berkenaan.

    “Saya juga menyeru agar seluruh masyarakat memainkan perananan sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan sentiasa cakna dan bekerjasama melaporkan segala bentuk kesalahan jenayah, salah laku, penyelewengan, penyeludupan dan pelanggaran undang-undang,” katanya.

    Jelas Aminuddin, kerajaan Negeri sangat prihatin dan memberi tumpuan kepada isu lambakan warga asing di Negeri Sembilan, serta giat melaksanakan langkah mengekang, mengawal dan memastikan mereka mematuhi undang-undang selain tidak mendatangkan kesan buruk kepada warga tempatan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts