Perdana Menteri hari ini mengumumkan berita gembira untuk petani negara iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dari RM360 setiap tan metrik kepada RM500 setiap tan metrik mulai esok. Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara tersebut menyatakan bahawa dengan kenaikan tersebut, petani akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 setiap tan metrik yang akan meningkatkan pendapatan petani negara ini. “Ini adalah kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim sebelum ini ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan juga pernah menaikkan kadar ini. Hari ini saya akan menaikkannya sekali lagi, hari ini diumumkan, esok akan dilaksanakan,” kata beliau semasa berucap di Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di Parit Buntar hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. – Bernama