Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKadar zakat fitrah Kedah ditetapkan RM7, RM14.50 dan RM22

    Kadar zakat fitrah Kedah ditetapkan RM7, RM14.50 dan RM22

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi Negeri tersebut untuk tahun ini, iaitu RM7, RM14.50 dan RM22.

    Pengerusi LZNK, Norizan Khazali, mengatakan bahawa penetapan tersebut berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram.

    “Semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan.

    “Kadar RM7 adalah bagi beras super spesial tempatan; RM14.50 bagi beras super import, beras peranang, beras pulut, beras ponni dan beras wangi manakala RM22 bagi beras basmati, beras Jepun dan beras merah.

    “Bagaimanapun, jika beras yang dimakan adalah beras super spesial tempatan, individu tersebut mampu membayar lebih pada kadar RM14.50 atau RM22, maka adalah digalakkan membayar zakat fitrah pada kadar yang lebih baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Menurut Norizan lagi, LZNK juga menggalakkan pembayaran zakat secara dalam talian, selain bayaran dibuat menerusi 2,707 amil yang dilantik di seluruh Kedah.

    Katanya pembayaran boleh dilakukan melalui laman sesawang JomZakat (jom.zakatkedah.com.my), Zakat On Touch serta di kaunter bank dan amil yang dilantik di kariah masing-masing.

    “Pada tahun ini juga amil akan guna kaedah digital sepenuhnya, sama ada menggunakan sistem MyAmil, memaparkan kod QR untuk diimbas pembayar zakat atau berkongsi pautan pembayaran yang disediakan.

    “Pembayar pula akan menerima resit melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya.

    Bagaimanapun, Norizan berkata bagi pembayar yang menghadapi masalah menggunakan kaedah digital, bayaran boleh dibuat melalui amil yang dilantik yang akan dibekalkan dengan buku resit zakat fitrah.

    Katanya pembayaran zakat fitrah hanya sah diperakui melalui platform digital yang telah disenaraikan dan melalui amil yang ditauliahkan LZNK serta mempunyai kad kuasa kutipan zakat.

    ALSO READ:  'Kecurian identiti': Bersih gesa SPR siasat kerani pengundian

    Norizan berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM12.65 juta pada tahun ini, berbanding sebanyak RM12.05 juta pada tahun lalu.

    Dalam pada itu, dia berkata LZNK akan meneruskan program Infak Ayam Segar Aidilfitri dengan mengagihkan ayam segar kepada 3,333 keluarga asnaf fakir dan miskin dengan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.

    “Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian melalui portal Asnaf Care di asnafcare.com.my,” katanya.

    Selain itu, Norizan berkata LZNK juga akan menjalankan Kempen Sedekah Food Bank bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah sepanjang Ramadan nanti.

    Mengenai prestasi kutipan zakat 2023, Norizan memaklumkan pihaknya berjaya membuat kutipan keseluruhan lebih RM277 juta, iaitu peningkatan RM25 juta berbanding lebih RM252 juta pada 2022.

    “Peningkatan sebanyak RM25 juta telah memecahkan rekod sebagai jumlah peningkatan tertinggi pernah dicapai dalam sejarah LZNK dan kali terakhir pada 2019 dengan peningkatan RM23.9 juta.

    “Kenaikan RM25 juta itu disumbang melalui peningkatan tiga jenis zakat utama iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat wang simpanan termasuk kenaikan lain-lain hasil sebanyak RM2.08 juta,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts