Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKaji implikasi penerokaan minyak dan gas di Langkasuka - Rimbawatch

    Kaji implikasi penerokaan minyak dan gas di Langkasuka – Rimbawatch

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Badan pemantau alam sekitar Rimbawatch memberi amaran terhadap kemungkinan implikasi projek penerokaan minyak dan gas (O&G) baru Petronas di lembangan Langkasuka, yang terletak di kawasan utara Selat Melaka, hanya 30km dari Pulau Pinang dan 20km dari Langkawi.

    Dalam satu kenyataan hari ini kumpulan itu berkata bahawa penerokaan O&G itu bukan sahaja menjejaskan tanggungjawab mitigasi Malaysia tetapi juga mengancam kepelbagaian kehidupan biologi marin pantai, serta menjejaskan mata pencarian masyarkat nelayan dan pelancongan tempatan.

    “Kami menggesa perdana Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk bekerjasama dengan Petronas untuk membangunkan strategi peralihan yang boleh dipercayai berdasarkan metodologi kukuh dan mengikut amalan terbaik antarabangsa pada net-zero.

    “Strategi ini harus komited kepada ketelusan penuh, akauntabiliti dan laluan jelas ke arah pelupusan sepenuhnya semua projek bahan api fosil sedia ada dan yang dirancang, termasuk gas asli,” kata kumpulan itu.

    November lalu, Petronas mengumumkan bahawa ia akan  menjalankan tinjauan seismik 2D di luar pesisir baharu di kawasan utara Selat Melaka untuk meneroka dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Lembangan Langkasuka.

    Tinjauan itu meliputi kawasan seluas lebih 38,000 km persegi – bertujuan untuk memperoleh kira-kira 8,000km data seismik 2D baru.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts