Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKali pertama vaksin kanak-kanak sampai di Gaza sejak konflik tercetus

    Kali pertama vaksin kanak-kanak sampai di Gaza sejak konflik tercetus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Vaksin untuk kanak-kanak telah mula memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah buat kali pertama sejak tercetusnya konflik di wilayah itu pada 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

    Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menyatakan vaksin tersebut dibeli oleh kerajaan Palestin dan juga menerima sumbangan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

    Beliau turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Mesir sebelum ini telah meluluskan penggunaan unit-unit penyejuk di negara itu untuk menyimpan vaksin sehingga penghantaran ke Gaza dapat dilakukan.

    “Proses penghantaran ini dilakukan mengikut standard antarabangsa untuk penyimpanan vaksin di bawah pengawasan Unicef,” katanya dalam kenyataan.

    Mai al-Kaila juga menyatakan bahawa penghantaran vaksin itu dibuat di tengah-tengah situasi epidemiologi kritikal yang disebabkan oleh peranang Israel ke atas Gaza.

    Penghantaran yang telah memasuki Semenanjung Gaza termasuk vaksin untuk polio, campak, rubela dan beguk yang mencukupi untuk tempoh antara 8 hingga 14 bulan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts