Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKalimah Allah: KDN tunggu hasil mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu

    Kalimah Allah: KDN tunggu hasil mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan merangka arahan pentadbiran baru berkaitan isu kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selepas mendapat maklum balas daripada Majlis Raja-raja Melayu.

    Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini kerajaan sudah mengadakan lima kali sesi libat urus dengan pihak yang berkaitan untuk mencari penyelesaian isu tersebut.

    Katanya hasil daripada sesi tersebut kemudian dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) yang kini dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    “Saya difahamkan agenda tentang hasil libat urus itu (dijadikan) sebagai satu cadangan ke arah membina arahan pentadbiran baru (dan) dijadualkan dibentangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang akan bersidang pada 25 hingga 27 Okt ini.

    “Oleh itu, (tidak lama lagi) kita akan ada perintah pentadbiran baru,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

    Terdahulu senator itu menjawab soalan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai status isu larangan penggunaan kalimah Allah yang pernah mencetuskan kontroversi.

    Pada 5 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan mendalam baginda terhadap isu berkenaan yang dikhuatiri akan menjadi polemik berpanjangan.

    Isu tersebut juga dilihat berpotensi boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera.

    Justeru Sultan Abdullah menitahkan agar kerajaan mengharmonikan keadaan dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara, kemaslahatan masyarakat Islam, serta kedudukan Raja-raja Melayu lain sebagai ketua Islam di negara ini.

    Menurut Saifuddin sesi libat urus itu diadakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita Kristian dari Sarawak, Jill Ireland.

    ALSO READ:  Lagi pendatang tanpa izin lolos maut, jumlah diberkas 54 orang

    “KDN akan mengambil panduan daripada situ (mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu) untuk mengadakan gadis panduan yang baru bagi isu penggunaan kalimah Allah,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts