Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKamarul Zaman tarik balik saman pada Yeoh

    Kamarul Zaman tarik balik saman pada Yeoh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang dibawa terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

    Yeoh, yang juga Ahli Parlimen Segambut, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

    “Saya mengalu-alukan keputusan Kamarul Zaman Yusoff untuk menarik balik saman fitnahnya terhadap saya atas dakwaan kiriman ‘fitnah’ di Facebook pada 2020.

    “Beliau telah memfailkan notis pemberhentian di mahkamah pada 30 Jan 2024 dengan kos berjumlah RM5,000 yang perlu dibayar kepada saya, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya.

    Yeoh menambah dia hanya ingin melupakan isu tersebut dan kini Kamarul Zaman sudah menghentikan proses tuntutannya di mahkamah.

    Pada Sept 2020, Kamarul Zaman memfailkan tindakan sivil ke atas hantaran Yeoh di media sosial dan pemimpin DAP terbabit memfailkan pembelaan pada tahun berikutnya.

    Drama itu bermula semasa pilihan raya Negeri Sabah apabila Kamarul Zaman menyiarkan sepanduk kempen yang memaparkan Yeoh bersama perkataan “Peranan umat Kristian dalam pembangunan negara.”

    Mengulas sepanduk Yeoh itu, bekas pegawai khas kepada Ismail Sabri Yaakob semasa ahli parlimen Bera itu menjadi perdana Menteri berkata: “Menggunakan agama untuk memenangi pilihan raya Negeri?”

    Yeoh kemudian memberikan reaksi balas dengan mendakwa ahli akademik itu sengaja mempermainkan sentimen perkauman dan agama.

    Kamarul Zaman kemudian menuntut permohonan maaf – yang enggan diberikan oleh Yeoh – dan kemelut itu berlarutan sehingga ke mahkamah.

    Ini bukan kali pertama Kamarul Zaman dan Yeoh bertembung. Pada 2017, Kamarul Zaman membuat laporan polis terhadap Yeoh berhubung biografi peribadi yang diterbitkan, Become Hannah.

    Dia menuduh Yeoh – yang ketika itu menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor – membawa “agenda Kristian”.

    ALSO READ:  ‘Harga beras tempatan tak naik, yang YB makan tu beras import, mahal'

    Kemudian pada 2020, dia menyaman lima lagi pemimpin DAP kerana komen mengkritiknya selepas dia membuat laporan polis.

    Dalam kenyataan hari ini, Yeoh juga memberitahu saman fitnah yang dikemukakannya kepada Kamarul Zaman mengenai buku tersebut tetap akan diteruskan.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts